HONOR hari ini mengumumkan jualan rasmi di seluruh negara bagi HONOR MagicPad 4, tablet produktiviti paling canggih dari HONOR setakat ini. Menggabungkan reka bentuk ringan, keupayaan multitugas yang lebih maju serta pengalaman Dwi-OS Android + Linux baharu, HONOR MagicPad 4 direka untuk membantu pengguna bekerja, mencipta, belajar dan berinovasi dengan lebih efisien di mana sahaja.

Seiring dengan perubahan cara kerja jarak jauh, pembelajaran hibrid dan produktiviti berasaskan AI, pengguna kini semakin mencari peranti yang menggabungkan mobiliti dan prestasi tinggi. HONOR MagicPad 4 memenuhi keperluan ini dengan menyatukan kemudahan sebuah tablet serta fleksibiliti aliran kerja seperti komputer desktop dalam satu peranti.

Kini Ditawarkan dengan Faedah Bernilai Sehingga RM1,617 

Pelanggan boleh mendapatkan HONOR MagicPad 4 di HONOR Experience Stores seluruh negara serta melalui platform rasmi dalam talian HONOR.com, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

HONOR MagicPad 4 didatangi dalam dua konfigurasi:

  • Storan 16GB RAM + 512GB – Berharga RM3,999 dalam warna Grey. Varian premium ini datang bersama Smart Touch Keyboard, Magic Pencil 4s dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun. Dengan rebat segera RM400 untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati jumlah manfaat pelancaran bernilai RM1,617, dengan harga akhir hanya RM3,599.
  • Storan 12GB RAM + 256GB– Berharga RM3,399 dan dalam warna Grey atau White, varian eksklusif dalam talian ini datang bersama Smart Keyboard, Magic Pencil 4s dan pelan Jaminan Kualiti Tanpa Risau 2 Tahun. Bergabung bersame rebat segera RM400 untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati jumlah manfaat pelancaran bernilai RM1,517, harga akhir hanya RM2,999.

Gabungan Terbaik Android dan Linux dalam Satu Peranti

HONOR MagicPad 4 memperkenalkan pengalaman tablet Dwi-OS Android + Linux pertama di dunia yang memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk bertukar antara dua sistem operasi mengikut keperluan. Mod Android menawarkan pengalaman biasa untuk produktiviti harian, komunikasi, hiburan dan penggunaan kandungan, manakala mod LinuxLab menyediakan sistem operasi Linux khusus untuk pembangunan, ujian, penggunaan AI serta aliran kerja teknikal.

LinuxLab menyokong sistem operasi Ubuntu dan Debian, dibangunkan berasaskan seni bina berbekas (containerized) yang selamat bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman Linux tanpa menjejaskan kestabilan dan keselamatan sistem.

Semua pakej yang dipasang serta konfigurasi sistem kekal tersedia walaupun selepas peranti dimulakan semula (reboot). Fail penting pula boleh disimpan dalam direktori khas /tablet yang boleh diakses melalui pengurusan fail Android. Bagi memastikan pengalaman yang konsisten, sesetengah fungsi sistem peringkat rendah, aplikasi pihak ketiga serta keupayaan seperti komputer desktop mungkin berbeza berbanding komputer Linux tradisional.

Membawa Deployment Ejen AI ke Produktiviti Mudah Alih

Antara keupayaan utama HONOR MagicPad 4 ialah sokongan kepada penggunaan ejen AI melalui OpenClaw dalam LinuxLab, yang membolehkan pengguna meneroka aliran kerja berasaskan AI terus dalam peranti. Seiring peningkatan peranan ejen AI dalam pendidikan, pembangunan perisian, penyelidikan dan produktiviti, pengguna boleh memanfaatkan LinuxLab untuk mengautomasikan tugasan berulang, mengurus maklumat dengan lebih sistematik serta meneroka teknologi AI baharu.

Sebagai contoh, seorang pelajar universiti boleh mengikuti kuliah dalam talian di Android sambil menggunakan LinuxLab untuk aliran kerja pembelajaran berasaskan AI seperti menyusun bahan rujukan, menjana ringkasan atau menyediakan nota ulang kaji. Pendekatan ini menjadikan keupayaan AI lebih mudah diakses dalam bentuk peranti mudah alih.

Persekitaran Linux Mudah Alih untuk Pembangunan dan Aliran Kerja Teknikal

LinuxLab dioptimumkan untuk beban kerja ringan hingga sederhana seperti pembangunan Python dan Node.js, pembangunan APK Android, penulisan skrip, automasi serta ujian perisian. Pembangun boleh mengakses Bash, alat baris arahan (command line) Linux serta aliran kerja pembangunan biasa terus pada tablet, sekali gus menjadikannya persekitaran yang fleksibel untuk pengekodan dan eksperimen.

LinuxLab turut menyokong perisian pembangunan popular seperti Visual Studio Code, Cursor dan Claude Code, membolehkan pengguna menulis, menyahpepijat dan memperhalusi projek dari mana-mana sahaja. Sama ada untuk membina aplikasi, menguji skrip automasi, mahupun meneroka idea baharu, LinuxLab mentransformasikan MagicPad 4 menjadi sebuah platform serba boleh untuk pembangunan, eksperimen, dan produktiviti teknikal.

Aplikasi Setaraf PC untuk Produktiviti dan Kreativiti Lebih Baik

Selain pembangunan, HONOR MagicPad 4 turut menawarkan pengalaman seperti computer desktop melalui kerjasama rapat dengan rakan perisian utama. HONOR bekerjasama dengan WPS Office untuk membawa aplikasi produktiviti versi PC ini ke MagicPad 4. Ini membolehkan pengguna mengurus dokumen, hamparan dan pembentangan melalui antara muka (interface) gaya desktop yang lebih intuitif serta berfungsi lebih lengkap. Aplikasi ini akan tersedia untuk pengguna pada Julai ini.

Bagi pengguna kreatif, MagicPad 4 turut menyokong CapCut Pad yang menawarkan pengalaman penyuntingan lebih maju berbanding aliran kerja mudah alih biasa. Dengan ruang kerja lebih luas, penyuntingan berasaskan timeline, kawalan berlapis serta keupayaan multitugas yang dipertingkatkan, pengguna boleh menghasilkan dan menyunting kandungan dengan lebih efisien serta profesional.

Mode PC dengan Sokongan Sehingga 20 Tetingkap

Bagi melengkapkan keupayaan produktiviti, HONOR MagicPad 4 dilengkapi Mode PC yang menawarkan antara muka seperti desktop dengan sokongan sehingga 20 tetingkap serentak. Pengguna boleh bekerja merentasi pelbagai dokumen, tab pelayar, aplikasi komunikasi dan aplikasi lain pada masa yang sama, sekali gus memudahkan pengurusan projek yang kompleks serta meningkatkan kecekapan multitugas. Digabungkan dengan pengurusan fail seperti PC, pengalaman ini membawa fleksibiliti sebuah komputer ke dalam bentuk tablet yang mudah alih.

Berkuasa Seperti PC, Ringan Seperti Tablet

Walaupun menawarkan keupayaan produktiviti yang menyeluruh, HONOR MagicPad 4 kekal sangat mudah alih. Dengan ketebalan hanya 4.8mm dan berat sekitar 852g bersama papan kekunci dan stylus dalam kotak, ia direka untuk pengguna yang memerlukan kebebasan bekerja dan berkarya di mana sahaja. Sama ada untuk pembelajaran, perjalanan kerja, kerja jarak jauh atau kolaborasi kreatif, MagicPad 4 menyesuaikan diri dengan gaya hidup moden yang fleksibel.

Kesalinghubungan Rentas Ekosistem Apple yang Lancar

Menyedari ramai pengguna kini bergantung pada pelbagai peranti dalam urusan harian, HONOR melengkapkan MagicPad 4 dengan ciri yang membolehkan aliran kerja rentas platform yang lebih lancar. Pengguna boleh melanjutkan paparan Mac secara tanpa wayar ke MagicPad 4, berkongsi fail dengan mudah antara iPhone dan MagicPad 4, serta beralih antara peranti tanpa mengganggu aliran kerja sedia ada. Keupayaan ini mewujudkan pengalaman penggunaan yang lebih terhubung dan konsisten, tanpa mengira pilihan sistem operasi pengguna.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini