realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, hari ini secara rasmi melancarkan realme 16 5G di Malaysia, peranti utama bagi siri realme 16.
Menampilkan ‘Air Design’ inovatif, peranti ‘flagship’ ini mentakrif semula keupayaan sebuah telefon pintar dengan bateri besar — menawarkan reka bentuk ringan, keselesaan premium, serta penampilan visual menawan tanpa sebarang kompromi.
Sebagai telefon pintar 7,000mAh paling ringan dalam segmennya, realme 16 5G dibina buat anak muda Malaysia yang menjalani kehidupan semasa dalam perjalanan, sama ada berdepan dengan kesesakan waktu puncak di LRT, menyelesaikan perlawanan sengit dalam MLBB, merakam memori ketika bersama rakan dan keluarga, atau menghasilkan kandungan di mana jua..
‘Air Design’: Di Mana Kejuruteraan Bertemu Keanggunan
Pada teras realme 16 5G terletaknya falsafah ‘Air Design’ serba baharu — gabungan sempurna antara kejuruteraan struktur canggih, rekaan proporsi diperhalusi, serta estetika dinamik.
Walaupun dilengkapi dengan bateri berkuasa 7,000mAh Titan Battery, peranti ini tampil dengan reka bentuk ultra nipis; hanya 8.1mm dan berat hanya 183g, menjadikannya sangat selesa terutamanya bagi penggunaan sepanjang hari.






































