Barisan trak pikap Isuzu D-MAX baharu dengan enjin diesel 2.2 liter terkini terus memacu Malaysia ke hadapan dengan menawarkan daya tarikan dan prestasi kukuh yang telah dipertingkatkan, ditambah baik serta memberikan penjimatan bahan api yang unggul.
Model terbaharu ini juga telah menyumbang kepada peningkatan kadar perkongsian pasaran Isuzu sebanyak tiga peratus berbanding tempoh suku pertama tahun ini, menjadi 17.3 peratus bagi segmen trak pikap untuk tempoh suku kedua tahun 2026.
“Keupayaan Isuzu D-MAX yang terkenal sejak dulu kini telah digabungkan dengan prestasi yang diperhalusi serta kecekapan bahan api yang lebih tinggi. Ini sekali gus menjadikannya sebuah trak pikap serba boleh dan unggul,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi.
Varian Standard 4×4 Auto 2.2 liter baharu menjadi varian paling laris dalam penawaran kali ini dengan menyumbang sebanyak 36 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan Isuzu D-MAX.
Dengan pengenalan barisan model Isuzu D-MAX 2026 baharu pada bulan Mac lalu, Isuzu kini menawarkan pilihan varian paling menyeluruh dalam pasaran tempatan, melibatkan 10 varian semuanya.
Enjin 2.2 liter baharu yang menggantikan enjin 1.9 liter yang juga sangat popular sebelum ini telah menjadi enjin pilihan pembeli kerana ia memberikan dinamik pemanduan baharu — melibatkan peningkatan tindak balas serta penjimatan bahan api lebih baik yang menepati piawaian emisi Euro 5 paling tinggi. Enjin berkenaan dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan yang sangat responsif, yang direka khusus untuk enjin baharu berkenaan.
Varian Single Cab dengan transmisi automatik pertama di Malaysia yang ditawarkannya juga telah menerima sambutan hangat kerana ciri pemanduannya yang mudah serta mampu membawa lebih muatan tanpa mengira permukaan bumi dengan adanya sistem 4×4 yang cekap. Varian ini telah menyumbang sebanyak 60 peratus daripada jualan trak pikap Single Cab Isuzu D-MAX.
Populariti dan penerimaannya dijangka akan terus meningkat kerana kemampuannya untuk menjadi sebuah kenderaan kerja yang boleh diharapkan serta mudah dikendalikan.
Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Komersial Ringan Isuzu Malaysia, Kenichi Kudo berkata, enjin tersebut menambah dimensi baharu kepada keseronokan pemanduan serta keupayaan Isuzu D-MAX yang ada ketika ini.
“Barisan Isuzu D-MAX dengan enjin 2.2 liter baharu dan transmisi automatik lapan-kelajuan telah menunjukkan prestasi jualan yang sangat baik sejak dilancarkan. Enjin baharu ini memberikan tahap yang lebih baik dalam setiap aspek penawarannya — kecekapan bahan api, janaan kuasa, kesenyapan serta emisi. Itulah sebabnya kami tidak teragak-agak untuk menggelarnya sebagai enjin terbaik yang pernah kami hasilkan setakat ini,” katanya.
Untuk merasai pengalaman pemanduan Isuzu D-MAX serba baharu dengan enjin 2.2 liter ini, serta untuk mengetahui senarai pengedar sah berdekatan anda, layari laman isuzu.net.my





































