Robin @ IJM Rimbayu meraih penghormatan antarabangsa utama di Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence 2026 apabila dinobatkan sebagai Pemenang Perak Dunia bagi kategori Kediaman Bertingkat Rendah.

Pengiktirafan ini sekaligus menambah dimensi global kepada pembangunan yang menjadi antara presint kediaman perdana IJM Rimbayu. Dikenali secara meluas sebagai penanda aras bagi pembangunan yang dinilai merentasi reka bentuk, kualiti dan kebolehdiaman, pencapaian ini membawa makna yang melangkaui sebuah alamat kediaman bertanah.

Ia mencerminkan kekuatan sebuah pembangunan yang dibentuk dengan kejelasan, dilaksanakan dengan disiplin, dan berakar dalam sebuah perbandaran yang terus berkembang dari segi kematangan, keterhubungan dan kehidupan harian.

Pengiktirafan bertaraf dunia yang diraih Robin mencerminkan kejayaan sebuah pembangunan yang dirancang secara teliti untuk memenuhi keperluan rutin harian keluarga moden. Terletak di Presint Fauna, IJM Rimbayu, Robin menawarkan 615 rumah teres dua tingkat dalam empat fasa di kawasan seluas 47.83 ekar dengan 8.63 ekar diperuntukkan khusus untuk ruang hijau dan rekreasi.

Sejak awal perancangan, elemen seperti perancangan berinspirasikan taman, pencahayaan semula jadi, susun atur fleksibel dan akses kukuh kepada kemudahan luar komuniti telah
diterapkan ke dalam asas presint ini.

Pembangunan terbabit sebelum ini telah meraih pengiktirafan di FIABCI Malaysia Property Award 2025 bagi kategori Kediaman Bertanah, dan anugerah terbaharu ini kini membawa pencapaian tersebut ke pentas antarabangsa.

Penghormatan ini melangkaui pencapaian Robin semata-mata. Pembangunan ini berkembang daripada pelan induk IJM Rimbayu yang meraih pengiktirafan Emas pada tahun 2017, sambil meneruskan DNA perancangan tersebut dan membina identitinya sendiri berasaskan kesejahteraan, berdaya maju, biodiversiti dan hubungan kejiranan.

Dalam erti kata itu, kemenangan ini mencerminkan kesinambungan perancangan, disiplin produk dan visi perbandaran yang kekal matang dengan hala tuju yang jelas.

Ketua Pegawai Operasi IJM Land, Datuk Chai Kian Soon berkata, pihaknya amat berbesar hati kerana Robin @ IJM Rimbayu telah menerima pengiktirafan di Anugerah FIABCI World Prix
d’Excellence.

“Pencapaian ini mencerminkan perhatian yang diberikan terhadap presint ini, daripada perancangan dan landskap berinspirasikan taman kepada kualiti pelaksanaan serta kepercayaan kami bahawa sebuah kejiranan yang direka dengan baik, mampu memperkayakan kehidupan harian secara berkekalan.

“Ia mengesahkan kekuatan keseluruhan kisah di sebalik Robin, daripada kediaman dan alndskap kepada kemudahan serta visi komuniti yang membentuknya,” katanya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini