vivo Malaysia telah melancarkan vivo Y31s, sebuah telefon pintar mampu milik berkuasa yang dibangunkan untuk menyokong pengguna yang menjalani gaya hidup aktif serta sentiasa bergerak.
Dikuasakan oleh bateri BlueVolt 6500mAh, vivo Y31s hadir untuk memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan prestasi bateri yang tahan lama sepanjang hari.
Dibina untuk ketahanan maksimum, vivo Y31s hadir dengan penarafan kalis habuk dan air IP68 serta IP69+, perlindungan kalis air tiga lapisan, dan ketahanan jatuhan bertaraf tentera.
Dengan kesihatan bateri jangka panjang yang direka untuk mengekalkan kapasiti bateri untuk tempoh penggunaan yang lebih lama, vivo Y31s bersedia menemani pengguna dalam urusan kerja, perjalanan dan kehidupan seharian.
Ditawarkan dalam dua pilihan warna bergaya yang diinspirasikan oleh keindahan suasana malam Kuala Lumpur, vivo Y31s hadir dengan reka bentuk premium dan ekspresif menerusi warna KL Midnight Purple dan Glowing Black.
KL Midnight Purple menampilkan sentuhan elemen kosmik serta aksen perak yang mencerminkan kemeriahan latar langit bandar dan malam tropika, manakala Glowing Black diinspirasikan daripada galaksi berbintang dengan kilauan halus yang menyerlahkan aura misteri dan elegan.
Melengkapkan penampilannya, mempunyai reka bentuk belakang quad-curved yang anggun, bingkai bertekstur logam matte, profil nipis setebal 8.39mm serta berat hanya 209g untuk keselesaan penggunaan sepanjang hari.
Ia turut dilengkapi Dynamic Light berbentuk cincin yang menghasilkan animasi cahaya berwarna-warni untuk panggilan, notifikasi, pengecasan, muzik dan pelbagai peringatan lain, dengan pilihan penyesuaian yang membolehkan pengguna memadankan efek pencahayaan mengikut gaya dan personaliti masing-masing.
vivo Y31s akan ditawarkan dalam varian 12GB (6+6) + 256GB pada harga bermula RM1,199.





































