Susulan pelancaran siri vivo X300 yang berjaya, vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE akan rasmi dijual dari 23 Mei hingga 23 Jun 2026 dengan kempen Jualan Pertama di semua vivo Concept Store seluruh negara.
Siri X300 baharu ini direka sebagai telefon konsert terunggul dengan gabungan teknologi pengimejan flagship, pengalaman hiburan imersif dan prestasi pintar, membolehkan pengguna merakam setiap detik konsert yang tidak dapat dilupakan dengan kejelasan dan perincian yang menakjubkan.
Siri vivo X300 menggabungkan teknologi pengimejan termaju hasil kerjasama bersama ZEISS, kamera telefoto berkuasa serta ciri AI pintar untuk membantu pengguna merakam gambar pentas yang lebih jelas, persembahan jarak dekat dan video konsert sinematik walaupun dalam keadaan pencahayaan mencabar.
vivo X300 Ultra dilengkapi dengan ZEISS Triple Prime Lenses, Kamera Telefoto APO ZEISS Gimbal-Grade 200 MP 85mm dengan 60 fps AF Tracking, serta OIS bertaraf gimbal 3° untuk rakaman jarak dekat yang stabil dan tajam, manakala salutan ZEISS T* membantu mengurangkan flare dan ghosting daripada lampu konsert.

Sementara itu, vivo X300 FE hadir dengan Kamera ZEISS Super Telephoto 50 MP, Stage Mode dan Dual-View Stage Video untuk rakaman konsert cahaya rendah yang lebih jelas serta video reaksi masa nyata.
Pelanggan yang membeli vivo X300 Ultra atau vivo X300 FE sempena kempen jualan pertama (23 Mei 2026 – 23 Jun 2026) berpeluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif, penjimatan menarik serta pilihan ansuran:
vivo X300 Ultra (Nikmati rebat RM700 — harga di bawah adalah selepas diskaun):
- vivo X300 Ultra (16GB + 512GB): RM6,099
- vivo X300 Ultra (16GB + 1TB): RM7,099
vivo X300 FE:
- vivo X300 FE (12GB + 256GB): RM3,299
- vivo X300 FE (12GB + 512GB): RM3,899
- Photographer Kit: Tambah RM999 dan nikmati rebat RM300
Pelanggan juga boleh menikmati pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, rebat segera RM100 bersama rakan bank terpilih seperti OCBC Bank, Hong Leong Bank, Affin Bank dan UOB, penjimatan tambahan melalui pilihan pembayaran PayLater terpilih, serta program trade-in fleksibel secara eksklusif di vivo Concept Store seluruh negara.
Dapatkan X300 FE serendah RM137.45 sebulan, atau naik taraf ke flagship X300 Ultra pada hanya RM254.15 sebulan. Tawaran masa terhad ini tersedia di vivo Concept Store terpilih sepanjang tempoh jualan pertama.







































