FWD Malaysia Holdings Sdn Bhd (FWD Malaysia) meraikan pemenang hadiah utama kempen FWD Insurance Year End Giveaway, Purani A/p Verasamy, yang membawa pulang sebuah kereta Proton e.Mas Prime 5.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di ibu pejabat FWD Malaysia dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance bersama barisan pengurusan kanan.
Kempen Year End Giveaway memberi ganjaran kepada 8 pemenang dengan pelbagai hadiah menarik seperti iPhone 17 Pro Max, barangan elektronik, dan hadiah utama sebuah kereta Proton e.Mas Prime 5.
FWD Malaysia juga meraikan pemenang suku pertama Kempen Non-stop Rewards yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2026. Turut hadir di majlis adalah Mohamad Hafiz bin Azis dan Nurul Adawiyah binti Jaafar, penerima hadiah wang tunai RM10,000 bagi bulan Januari dan Februari.
Kempen terbuka kepada semua pelanggan FWD, merangkumi semua saluran pengedaran untuk pelanggan FWD baru dan sedia ada. Rebut peluang untuk memenangi hadiah tunai yang menarik dan kredit eWallet Touch n Go! Layari laman web fwd.com.my untuk maklumat lanjut.






































