vivo Malaysia memperluaskan siri vivo X300 dengan pengenalan dua model baharu, iaitu vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE. Dibangunkan bersama ZEISS, setiap peranti hadir dengan keunikan pengimejan tersendiri, menawarkan pilihan kepada pencipta kandungan sama ada untuk fleksibiliti kompak atau pengalaman bertaraf sinematik.
vivo X300 Ultra: Kuasa Sinematik untuk Pencipta Konten
vivo X300 Ultra direka untuk mereka yang mahukan kawalan kreatif sepenuhnya. Menampilkan ZEISS Master Lenses Collection yang merangkumi semua lensa ZEISS yang berfungsi seperti kamera utama. Ia turut hadir dengan Dual 200MP ZEISS Cameras (35mm dan 85mm) yang meningkatkan keupayaan fotografi potret serta gaya dokumentari.
Sistem tiga lensa ZEISS Master Prime yang menjadi teras peranti ini mengubah pengalaman fotografi mudah alih, merangkumi kamera telefoto APO 85mm bertaraf gimbal, lensa dokumentari 35mm, dan kamera ultra sudut lebar 14mm. Gabungan ketiga-tiga kamera ini memberikan kejelasan bertaraf profesional serta membolehkan penceritaan visual yang lebih versatil.
vivo X300 Ultra hadir dengan Pro Video Mode baharu yang membolehkan rakaman video berkualiti tinggi pada resolusi 4K 120fps menggunakan semua lensa. Ia turut menyokong rakaman Dolby Vision dengan multi-focal 4K 120fps 10-bit log, memberikan dinamik yang lebih luas dan warna yang lebih tepat. Selain itu, teknologi multi-focal optical image stabilisation memastikan rakaman lebih lancar dan stabil dalam pelbagai situasi.
vivo X300 Ultra turut dilengkapi dengan set alat pengimejan baharu yang merangkumi vivo Refined Portrait untuk peralihan tona yang lebih halus dan semula jadi, Flash Portrait untuk prestasi cahaya rendah yang pintar dengan pencahayaan zoom adaptif, serta Street Photography 3.0 yang dipertingkatkan dengan vivo Colour Science dan Humanistic Colour Styles bersama High Quality Burst Shooting untuk menjadikan momen harian kelihatan seperti filem.
Ia juga menampilkan Landscape Mode 2.0 dengan kawalan bertaraf profesional, julat dinamik lebih luas dan prestasi malam yang lebih baik, serta keupayaan rakaman sehingga 60 bingkai sesaat dengan algoritma NICE melalui Tracking Snapshot bagi memastikan subjek dikunci dengan pantas dan tepat, terutamanya dalam situasi pergerakan pantas seperti sukan dan kehidupan binatang liar.
ZEISS Telephoto Extender generasi baharu turut ditawarkan, dengan vivo X300 Ultra menyediakan dua pilihan jarak fokus iaitu 200mm dan 400mm. ZEISS Telephoto Extender Gen 2 setara 200mm lebih ringan berbanding generasi sebelumnya namun menghasilkan imej yang lebih tajam dan jelas, manakala ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra setara 400mm menawarkan pembesaran sehingga 4.7x untuk jarak tangkapan yang lebih jauh.
Kit vivo Imaging Grip pilihan turut meningkatkan pengalaman fotografi dengan memberikan rasa seperti kamera profesional melalui kawalan shutter fizikal, tuil zoom dan butang yang boleh disesuaikan. Selain itu, ia turut dilengkapi skrin besar 6.82 inci, binaan kaca yang kukuh serta rekaan yang diinspirasikan daripada kamera, menjadikannya alat ideal untuk fotografi harian mahupun penciptaan konten yang lebih profesional.
vivo X300 Ultra hadir dalam dua pilihan warna yang elegan, iaitu Steppe Green yang menampilkan estetika lebih lembut berinspirasikan alam semula jadi dengan rupa yang anggun dan tersendiri, serta Volcano Black yang menawarkan kemasan tona gelap yang menyerlah dan premium.
vivo X300 Ultra dan vivo X300 FE kini boleh ditempah awal sehingga 22 Mei 2026. Pelanggan yang membuat pra-tempahan vivo X300 Ultra akan menikmati rebat tunai RM900 bersama COMAN Aluminium Photography Tripod bernilai RM299, manakala pembeli vivo X300 FE akan menerima JBL Speaker bernilai RM299 serta vivo Buds Pro bernilai RM199.
Kedua-dua model turut didatangkan dengan manfaat vivo Care, termasuk jaminan lanjutan 1+1 tahun serta perlindungan kerosakan skrin selama 180 hari.





































