Malaysia mencatat pencapaian global hari ini sebagai pasaran pertama melancarkan Siri HONOR 600. Barisan peranti mercu baharu ini hadir dalam versi Pro dan standard, mengetengahkan teknologi pengimejan AI termaju dalam industri serta didatangi pelbagai inovasi premium.
Siri ini menawarkan sistem kamera yang dipertingkatkan ke taraf mercu dan teknologi eksklusif industri AI Image to Video 2.0. Ia hadir dengan bateri berkapasiti besar 7,000mAh, pemproses Snapdragon bertaraf mercu, paparan bertaraf tinggi serta ketahanan yang dipertingkatkan. Semua ini dimuatkan dalam Siri HONOR 600 pada harga bermula RM2,599.
Pratempahan bermula sekarang! Nikmati rebat segera RM200, Fujifilm Instax Mini LiPlay+ PERCUMA atau jam tangan pintar HONOR
Pelanggan boleh membuat pratempah sekarang hingga 29 April 2026 untuk menikmati pakej hadiah PERCUMA tempoh terhad bernilai sehingga RM1,935. Pelanggan akan mendapat:
- Pratempahan HONOR 600 Pro: Rebat segera RM200, Fujifilm Instax Mini LiPlay+ PERCUMA, Perlindungan Retak Hadapan & Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun bernilai RM1,935.
-
- Pratempahan HONOR 600: Rebat segera RM200, HONOR CHOICE Watch 2 Epic PERCUMA, Perlindungan Retak Hadapan & Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun dan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, bernilai RM1,496.
Pratempahan boleh dibuat melalui kedai dalam talian HONOR, HONOR Experience Store serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, selain pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Menawarkan Spesifikasi Terbaik Dalam Segmen Bagi Pasaran Mercu Mampu Milik
HONOR N Series mentakrif semula nilai dengan mengintegrasikan perkakasan berprestasi tinggi dan AI termaju dalam pasaran mercu mampu milik 2026. Menerusi Siri HONOR 600, jenama ini memperkenalkan lonjakan teknologi ketara yang mengangkat siri tersebut dari segmen pertengahan kepada prestasi mercu sebenar.
Terbaik dalam Segmen: Kamera Telefoto 120x dan Penstabilan Imej Berkuasa
Siri HONOR 600 mentakrif semula fotografi mudah alih dengan Kamera Super Sensing 200MP yang dilengkapi sensor 1/1.4 inci terbesar dalam kelasnya. Versi Pro mengetengahkan lensa telefoto 50MP dengan zum sehingga 120x berserta penstabilan imej CIPA 6.5 tertinggi dalam industri bagi menghasilkan perincian menakjubkan walaupun dari jarak jauh atau dalam keadaan cahaya rendah.
Model standard pula didatangi zum 30x. Kedua-dua peranti ini turut dilengkapi Night Engine untuk cemerlang dalam fotografi di cahaya rendah dengan mengekalkan gradasi warna serta mengelakkan pendedahan berlebihan.
Mendefinisi Semula Kreativiti Mudah Alih dengan AI Image to Video 2.0 Eksklusif Industri
Siri HONOR 600 mengetengahkan ciri AI Image to Video 2.0 yang dipertingkatkan dan dikuasakan oleh model penjanaan video multimodal bersepadu yang pertama dalam industri. Ciri ini memperkenalkan tiga peningkatan hebat yang membuka potensi kreativiti tanpa had kepada pengguna.
-
- Multi Imej ke Video Termaju Industri: Pengguna kini boleh menggabungkan sehingga tiga imej dengan arahan prom menggunakan bahasa semula jadi untuk menghasilkan urutan video berkualiti tinggi selama 3 hingga 5 saat.
- Promp Tersuai Termaju Industri: Gunakan penerangan ringkas untuk menjana kandungan mengikut jalan cerita yang diingini.
- Pilihan Templat Termaju Industri: Akses koleksi templat bergaya paling meluas dalam industri dengan pergerakan kamera sinematik, kesan khas dan kualiti seperti filem.
Pengguna kini boleh mengubah foto kepada kenangan terindah bersama insan tersayang, atau menghasilkan perkara yang mustahil dengan menghidupkan senario imaginatif, semuanya hanya dengan satu sentuhan tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.
Prestasi Mercu: Pertama dalam N Series Dikuasakan Pemproses Snapdragon Elite
Mengenai prestasi pula, HONOR 600 Pro dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Elite dan ini kali pertama N Series menggunakan cipset bertaraf Elite Snapdragon. Dengan peningkatan 45% CPU dan 44% GPU, ia menawarkan prestasi bertaraf mercu untuk aplikasi berat serta multitugas.
HONOR 600 pula menggunakan Snapdragon 7 Gen 4 yang menawarkan peningkatan 27% CPU dan 30% GPU, sesuai untuk prestasi permainan yang mantap serta penggunaan harian yang lancar.
Paparan Mercu: Pertama dalam N Series dengan Kecerahan Puncak 8,000 nits
Siri HONOR 600 meningkatkan standard visual dengan paparan 6.57 inci yang menakjubkan, mencapai kecerahan puncak 8,000 nits dan kadar segar semula 120Hz. Bagi memastikan penglihatan jelas di luar, Mod Sunlight memastikan paparan kekal terang walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Bagi mengimbangi kecerahan dengan keselesaan mata, siri ini dilengkapi teknologi Paparan Keselesaan Mata HONOR, termasuk Pemalapan PWM 3,840Hz serta pengoptimuman warna pintar untuk pengalaman tontonan yang selesa tanpa kerlipan.
Kuasa Mercu: Pertama dalam N Series dengan Bateri 7,000mAh
Siri HONOR 600 tampil dengan bateri silikon karbon 7,000mAh ultra besar bagi menyokong penggunaan luar biasa intensif sepanjang hari. Kedua-dua peranti ini menyokong pengecasan pantas berwayar 80W HONOR SuperCharge serta pengecasan berbalik berwayar 27W, bagi membolehkan perkongsian kuasa dengan mudah, termasuk iPhone. Sebagai tambahan, versi Pro menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W.
Ketahanan Mercu: Pertama dalam N Series dengan Penarafan IP69K
Direka untuk ketahanan maksimum, Siri HONOR 600 dibina dengan tahap ketahanan yang dipertingkatkan. Hadir dengan penarafan IP69K yang pertama dalam N Series, ia menawarkan perlindungan tertinggi dalam industri terhadap air dan habuk. Ia juga mempunyai penarafan IP68 dan IP69. Dengan pensijilan SGS 5 Bintang Jatuh dan Remuk, siri ini direka untuk menahan pelbagai keadaan serta jatuhan, sekali gus memberikan ketenangan sepenuhnya kepada pengguna.
Harga dan Ketersediaan
Siri HONOR 600 didatangi dalam pilihan warna Orange, Golden White dan Black. Pro berharga RM3,099 untuk model 12GB+256GB dan RM3,299 bagi versi 512GB. Manakala HONOR 600 hadir dalam storan 12GB+512GB dijual pada harga RM2,599.
Siri HONOR 600 boleh didapati di kedai HONOR Experience Store seluruh negara bermula 30 April 2026. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.




































