RUBINE, jenama kelengkapan kediaman utama Malaysia, baru-baru ini melancarkan rangkaian produk kediaman generasi baharu yang direka untuk menangani kenaikan kos tenaga serta memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengutamakan aspek kesejahteraan dalam kehidupan harian.
Dilancarkan di 2026 Convention & Experiential Event By RUBINE, barisan produk baharu ini merangkumi hud dapur ultra senyap 48dB dan sistem pemanas air pintar. Pelancaran ini sejajar dengan hala tuju baharu jenama tersebut yang menandakan peralihan strategik RUBINE ke arah pembangunan teknologi kediaman yang lebih pintar bagi memenuhi keperluan isi rumah Malaysia masa kini.
Seiring peningkatan kos tenaga dan pemilik rumah yang semakin mencari keselesaan lebih baik tanpa menjejaskan kecekapan, rangkaian produk baharu RUBINE memenuhi kedua-dua keperluan praktikal serta aspirasi gaya hidup.
Pameran ini menunjukkan bagaimana jenama tersebut melangkaui peralatan kendiri untuk membangunkan ekosistem kediaman bersepadu yang merangkumi penyelesaian dapur, pemanasan air dan kawalan suhu persekitaran.
“Momentum baharu ini bukan sekadar pembaharuan visual atau pengenalan produk. Ia mencerminkan transformasi RUBINE dalam mendefinisi semula kehidupan moden melalui reka bentuk berasaskan inovasi dan teknologi pintar yang memenuhi realiti gaya hidup masa kini,” kata Jimmy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fiamma.
“Produk baharu kami dibangunkan berlandaskan realiti kehidupan harian pengguna — daripada pengalaman memasak yang hampir senyap tanpa mengganggu masa bersama keluarga, hingga pemanas air yang mengoptimumkan kecekapan tenaga tanpa menjejaskan prestasi. Momentum ini mencerminkan komitmen RUBINE untuk menghasilkan penyelesaian yang intuitif dan bersedia untuk masa hadapan, sekali gus membawa perubahan ketara dalam kehidupan seharian.”
Antara sorotan utama ialah MOOD Cooker Hood oleh RUBINE, dilengkapi teknologi IQ Sync untuk mengesan asap dan aliran udara serta melaras kuasa sedutan secara automatik untuk udara dapur yang kekal segar.
Ia turut dilengkapi teknologi penapisan minyak HEXA (High Efficiency eXtraction Agent) dengan kadar penapisan melebihi 97%, menjadikannya pilihan ideal untuk mod peredaran semula bagi memastikan dapur yang bersih dan bebas daripada kesan minyak.
Direka untuk beroperasi pada kira-kira 48dB — lebih rendah daripada tahap bunyi perbualan biasa — hud ini menawarkan kuasa sedutan yang tinggi untuk suasana dapur yang lebih tenang. Inovasi ini mengatasi masalah lazim di rumah berkonsep terbuka di Malaysia, di mana bunyi pengudaraan yang bising kerap mengganggu masa bersama keluarga, menunjukkan bahawa prestasi tinggi boleh dicapai tanpa menimbulkan tahap bunyi bising yang menganggu.
RUBINE turut memperkenalkan AXORA All-in-One Microwave Steam Oven, yang menggabungkan fungsi ketuhar gelombang mikro, stim, gril, dan fermentasi dalam satu peralatan terbina dalam yang praktikal.
Dengan teknologi inverter untuk kawalan suhu yang lebih tepat, inovasi baharu ini memenuhi keperluan memasak pelbagai gaya bagi isi rumah yang mengutamakan fungsi dan penggunaan ruang dapur yang lebih efisien. Dengan kapasiti 50L yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, AXORA menyediakan fungsi pemanasan cekap tenaga sambil mengoptimumkan ruang kabinet menerusi reka bentuk terbina dalam serba lengkap.




































