Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional, terus memperkukuh komitmennya terhadap kesaksamaan pendidikan dan kelestarian alam sekitar melalui kerjasama CSR berterusan dengan Perbadanan Kota Buku (“Kota Buku”).
Kedua‐dua pihak menerajui inisiatif kebangsaan, “Dua Juta Buku Tulis Kitar Semula: Memacu Pendidikan Lestari,” iaitu program yang menyediakan buku tulis kitar semula kepada pelajar kurang berkemampuan (B40), bagi memastikan akses yang lebih baik
kepada bahan pembelajaran asas sambil memupuk amalan kelestarian.
Fiona Liao, Ketua Pemasaran Kumpulan Pos Malaysia Berhad berkata, “Kami benar‐benar berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif yang begitu bermakna ini. Ia merupakan contoh jelas bagaimana Pos Malaysia boleh memberikan impak sebenar—memperkasa para pelajar, memelihara alam sekitar dan menyumbang kembali kepada komuniti yang kami layani.
Matlamat kami adalah ringkas tetapi penuh makna: kami komited untuk membina kepercayaan dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa depan yang cemerlang.
Dengan rangkaian menyeluruh serta pasukan yang berdedikasi, kami akan terus memacu perubahan positif yang membawa makna.”

Fasa ke-2 inisiatif ini telah menyalurkan lebih daripada dua juta buku tulis kitar semula ke 4,120 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, memberikan manfaat kepada lebih 200,000 pelajar di seluruh negara.
Selain meringankan beban kewangan keluarga dengan penjimatan dianggarkan sebanyak RM2.4 juta, program ini turut menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar, sekali gus mengelakkan kehilangan kira-kira 2,832 batang pokok melalui penggunaan bahan kitar semula.
Pos Malaysia mengendalikan rangkaian penghantaran last‐mile paling luas dan maju di negara ini, meliputi lebih 11 juta alamat setiap hari—liputan yang tidak dapat ditandingi oleh mana‐mana penyedia logistik lain di Malaysia.
Skala operasi yang menyeluruh ini, digabungkan dengan rekod kebolehpercayaan selama berdekad‐dekad, menjadikan Pos Malaysia rakan pilihan utama bagi agensi seperti Kota Buku. Pos Malaysia terus mengatasi penanda aras industri, mencapai kadar penghantaran bungkusan hari berikutnya melebihi 90% (berbanding purata industri 82%) dan mengekalkan penghantaran mel pada masa tepat pada kadar 93%.
Kota Buku merupakan agensi kerajaan yang komited dalam memperluas akses kepada buku, pembacaan dan sumber pembelajaran kepada semua rakyat Malaysia melalui program literasi yang inovatif dan lestari.

Dengan bermulanya sesi persekolahan 2026, isu ketidaksamarataan pendidikan kekal menjadi cabaran utama bagi ramai keluarga B40, di mana keperluan asas sekolah turut menjadi beban kewangan.
Inisiatif yang diterajui oleh Kota Buku di bawah Kementerian Pendidikan ini menangani jurang tersebut dengan menghasilkan buku tulis yang diperbuat daripada kertas kitar semula, menjadikan bahan terbuang sebagai sumber berharga untuk pelajar yang memerlukannya.
Melalui Pos Care yang berfungsi sebagai unit impak sosial Pos Malaysia, ia memainkan peranan penting dalam memperluas capaian program ini. Dengan memanfaatkan rangkaian logistiknya, Pos Malaysia memastikan penghantaran terus ke sekolah-sekolah yang mempunyai populasi pelajar B40 yang tinggi.
Fasa ke-2 program ini memberi keutamaan kepada negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu. Penghantaran bermula pada bulan Januari 2026, dan semua sekolah terlibat menerima buku tulis masing-masing dalam bulan
yang sama.
Ini menandakan penglibatan Pos Malaysia dalam fasa kedua inisiatif tersebut, yang memberi tumpuan kepada penyediaan buku tulis kitar semula kepada pelajar yang memerlukan.
Setiap sekolah yang terlibat menerima dua kotak, berjumlah 400 buku tulis, dengan Pos Malaysia mengendalikan penghantaran ke negeri-negeri terlibat bagi memastikan setiap sekolah menerima kotak mereka tepat pada masanya.
Dengan Pos Malaysia mengendalikan keseluruhan proses logistik program ini daripada
penyelarasan hingga penghantaran tepat pada masa, inisiatif ini menzahirkan komitmen
menyeluruh syarikat untuk memperkasa komuniti sambil mengamalkan kelestarian dalam setiap aspek operasinya.
Bersama-sama, Pos Malaysia dan Kota Buku terus memperkukuh akses kepada pendidikan serta mempromosikan masa depan yang lebih lestari dan saksama untuk para pelajar di Malaysia.



































