Kemudahan terbaharu Isuzu Malaysia di Lembah Klang bakal memberikan tahap layanan dan penjagaan pelanggan yang lebih tinggi melalui penawaran servis lengkap termasuk jualan kenderaan baharu Isuzu, layanan lepas jualan serta kemudahan mengecat dan baik pulih badan yang bertauliah.

Pusat Isuzu 4S terbaharu ini dikendalikan oleh SV Prestige Auto dan terletak di Balakong
serta berhadapan dengan Lebuhraya Penyuraian Kajang, dan menjadi pengedar ketiga
seumpamanya yang menjalankan operasi bersepadu dengan kemudahan 4S di Lembah
Klang.

Pembukaannya dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi, yang menyatakan bahawa Pusat 4S Isuzu yang terbaharu ini mencerminkan
kesungguhan yang jelas oleh Syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran yang lebih
tinggi kepada pelanggan dengan setiap pembelian kenderaan Isuzu.

“Pembukaan Pusat 4S Isuzu terbaharu ini menampilkan kemudahan moden dan
bersepadu yang mencerminkan usaha berterusan kami untuk memastikan pemilikan
kenderaan Isuzu menjadi satu pengalaman yang menyenangkan.

“Dengan menawarkan layanan dan servis penjagaan kenderaan yang lengkap di bawah satu bumbung, pelanggan boleh berlapang dada kerana kenderaan Isuzu mereka menerima penjagaan yang menyeluruh dan terjamin,” katanya.

Menampilkan identiti korporat baharu Isuzu (CI), cawangan ini terletak di kawasan
perindustrian ringan baharu dan menawarkan barisan lengkap Isuzu D-Max serta trak
komersial lain untuk dijual.

Di dalam bilik pameran, dua unit trak pikap dipamerkan, memberikan bakal pelanggan peluang untuk melihat dan mengalami sendiri penawaran yang ada, serta memilih spesifikasi dan warna daripada paparan bebas-kertas, bahkan meninjau secara digital kemampuan D-Max dalam persekitaran off-road serta kemampuan keselamatan canggih yang ada melalui simulator realiti maya.

Pusat servis baharu ini juga cukup luas untuk mengendalikan enam kenderaan sekali gus,
menjadikannya sesuai untuk hentian servis yang pantas. Dalam usaha untuk mengekalkan kawalan kualiti ke atas kerja-kerja yang dilakukan, Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu ini juga tidak hanya menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan biasa, tetapi juga mempunyai jentera jajaran roda sendiri serta sebuah kebuk mengecat saiz penuh untuk menampung keperluan baik pulih kenderaan pelanggan yang kemalangan.

Pusat cat & badan kenderaan itu kini diiktiraf oleh syarikat-syarikat insurans automotif
yang besar serta menjadi panel kepada lima syarikat penanggung insurans utama. Ia juga
sedang menunggu kelulusan untuk menjalankan baik pulih kemalangan berat
memandangkan semua kelengkapan dan latihan sudah pun dijalankan.

Dalam ucapannya, Pengarah Urusan SV Prestige Auto, Ryan Tham berkata bahawa pembukaan Pusat 4S Isuzu ini adalah Bukti sokongan kuat Isuzu dan pelanggannya.

“Melalui bimbingan Isuzu Malaysia dan juga pelanggan kami, kami telah mampu untuk
memusatkan semua operasi kami di pusat 4S ini. Saya berharap dengan kemudahan
baharu kami ini, pelanggan akan dapat menikmati pengalaman yang lebih selesa dan
nyaman untuk semua keperluan mereka berkaitan Isuzu,” katanya.

Pusat 4S SV Prestige Auto Isuzu baharu ini terletak di Lot 1917-B, Jalan KPB 7, Kawasan
Perindustrian Kampung Baru Balakong. Bersama dengan Pusat 3S Isuzunya di Puchong,
bilik pameran SV Prestige Auto dibuka setiap hari, sementara pusat servisnya dibuka dari
Isnin hingga Sabtu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini