Setiap impian bermula dengan satu langkah. Setiap permulaan baharu dibentuk oleh tindakan yang kita ambil hari ini. Dengan semangat ini, Maxis dengan bangganya memperkenalkan janji jenama terbaharu, “Esok Bermula Hari Ini”, yang merangkumkan
tujuan utama Maxis dalam menghubungkan individu dan perniagaan kepada dunia yang
penuh kemungkinan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata: “Esok Bermula Hari Ini adalah misi
yang menjadi panduan kepada setiap langkah kami di Maxis. Setiap detik hari ini berpotensi untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk negara, pelanggan, syarikat dan setiap daripada kita.

“Kami ingin memberi inspirasi kepada semua untuk mengambil langkah pertama dalam mengejar minat mereka dan membina masa depan mereka dengan penuh keyakinan. Dan kami akan sentiasa bersama mereka, menghubungkan mereka kepada detik-detik yang bermakna.”

Bagi Maxis, kesalinghubungan bukan sekadar teknologi. Ia juga boleh memperkasakan individu, keluarga dan perniagaan untuk merebut peluang yang sedia ada dan menghargai
setiap detik.

Sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, Maxis menawarkan penyelesaian kesalinghubungan inovatif yang memperkasakan individu dan memacu pertumbuhan perniagaan di seluruh negara.

Sama ada seseorang itu melangkah untuk mengejar minat, memulakan perniagaan baharu
yang inovatif, ataupun sekadar ingin kekal dekat dengan insan tersayang, Maxis komited
untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia.

Maxis memperkasakan detik-detik terpenting dalam kehidupan mereka melalui rangkaian yang pantas, diyakini dan selamat – rangkaian yang sentiasa mampu diharapkan. Ini merangkumi pengalaman video HD yang lancar, panggilan suara yang jelas, pengalaman permainan dalam talian dengan kependaman ultra rendah, serta kesalinghubungan yang konsisten  menerusi rangkaian Maxis yang meluas di seluruh negara. Dengan keselamatan termaju melalui penyulitan 5G terkini, Maxis juga memastikan setiap sambungan kekal selamat.

Janji “Esok Bermula Hari Ini” akan direalisasikan melalui pelbagai inisiatif di semua saluran
sentuhan Maxis, bermula dengan video jenama baharu. Diinspirasikan daripada kisah sebenar, video ini mengisahkan seorang pembuat kek yang belajar sendiri dan berjaya
menjadikan minatnya sebagai satu perniagaan yang berkembang maju, dengan memanfaatkan setiap detik yang bermakna.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini