Pengenalan Shell FuelSave 95 baharu pada Februari lalu telah menggalakkan rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuktikan perjalanan 15 kilometer (KM) lebih jauh bagi setiap tangki.
Hasilnya? Ia ternyata memberi penjimatan lebih jauh kepada para pengguna. Shell Malaysia telah memperkenalkan formulasi bahan api gred utama terbaiknya setakat ini melalui pelancaran Shell FuelSave 95 baharu, yang direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.
Pelancaran ini juga merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk terus berinovasi dan membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih baik.
Berdiri teguh dengan usaha kami untuk terus menjadikan perjalanan hidup para pelanggan kami lebih baik, Shell secara aktif mendekati pengguna jalanraya di seluruh negara melalui ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’ bagi menggalakkan mereka untuk menikmati perjalanan 15KM lebih jauh tanpa gangguan untuk setiap tangki yang diisi dengan bahan api gred utama baharu ini.
Usaha untuk memenangi hati rakyat Malaysia dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia,
hinggalah ke Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur) telah berjaya apabila orang ramai berkongsi pengalaman mereka menikmati penjimatan dan perbatuan bahan api yang lebih baik menjadikan setiap RM2.05 seliter yang dibelanjakan untuk Shell FuelSave 95 baharu ini amat berbaloi.
“Kini, kami bukan sahaja dapat mengukur penjimatan bahan api yang diperoleh pelanggan bagi setiap tangki penuh Shell FuelSave 95, tetapi juga dapat menyaksikan pelanggan kami mencapai perbatuan yang menakjubkan seterusnya membuktikan Shell FuelSave 95 baharu kami ternyata lebih jauh,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia.
“Melalui keputusan Shell FuelSave 95 Challenge 2023, bahan api kami terbukti memberikan
perbatuan lebih jauh. Saya menyeru agar lebih ramai rakyat Malaysia mencuba dan alami
penjimatan bahan api kami yang lebih baik serta kongsikan pengalaman anda sama ada ia Biar Benar, Lebih KM!”
Selepas sebulan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan perbatuan terbaik merentasi 5 wilayah, Shell FuelSave 95 Challenge 2023 telah menutup tirai dengan Chin Li Qin, 26 dari Johor dinobatkan sebagai Pemandu Paling Efisien di Malaysia.
Li Qin memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 25.45 KM/L dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan sebanyak 28.23 KM/L, menjadikan beliau sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.





































