Dengan penambahan model dalam GoCar Subs Electric, pelanggan kini boleh merasai
pengalaman memandu beberapa model EV terkini yang ada di dalam negara.
Tawaran langganan secara mingguan atau bulanan memberikan lebih banyak akses
kepada rakyat Malaysia untuk menikmati gaya hidup EV.

Kadar harian bermula dari RM120 untuk pelan bulanan dan RM171 bagi pelan
mingguan.

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan bahawa ia telah menambah beberapa model kereta elektrik (EV) ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, bersama pilihan pelan langganan secara mingguan dan bulanan.

Penambahan rangkaian model EV dan pelan langganan dalam jangka masa lebih pendek bertujuan memudahkan dan menjadikannya lebih mampu milik buat pelanggan di Malaysia menikmati hidup dengan model EV yang berbeza. Ini selari dengan usaha berterusan GoCar untuk meningkatkan akses dan kebolehdapatan kenderaan elektrik (EV) kepada orang ramai.

Rangkaian model dalam GoCar Subs Electric kini terdiri daripada tujuh kenderaan elektrik sepenuhnya – Nissan Leaf, Renault Zoe baharu, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, Great Wall Motor Ora Good Cat, Electric MINI dan Tesla Model Y.

Melalui pelan langganan mingguan dan bulanan yang lebih pendek, pelanggan boleh mencuba rangkaian model EV yang kini ada dijual di Malaysia. Kadar langganan bermula
RM120 sehari untuk pelan bulanan dan RM171 sehari bagi pelan mingguan. Kadar dikira
berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran
(CDW) mandatori.

“Kami percaya rakyat Malaysia ingin tahu tentang EV tetapi ramai di antara mereka keberatan untuk menggunakannya sebagai mode pengangkutan utama. Dengan pilihan
langganan mingguan dan bulanan kami yang baru ini, kami ingin mengajak lebih ramai
orang untuk ‘Experience Electric’ bersama GoCar Subs.

Mereka boleh menguji rangkaian EV dalam perjalanan harian atau untuk perjalanan pendek, mengakses pengalaman mengecas EV dan meneroka sama ada gaya hidup EV sesuai untuk mereka atau sebaliknya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.