BMW Motorrad Malaysia mengakhiri penantian ramai dengan merungkaikan jentera BMW S 1000 RR yang baharu pada hari ini, didatangkan dengan aneka penambahbaikan untuk
memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai jentera superbike yang superlatif.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Dengan pengenalan BMW S 1000 RR terbaharu, ia membuka satu lagi lembaran sejarah yang mengujakan dalam legasi kejuruteraan motosikal sporty dan dinamik daripada BMW Motorrad.

Sinonim dengan litar lumba, setiap aspek superbike ini telah dirumus khas dengan kebolehan untuk melakar persembahan yang terbaik, menjadikan jentera ini pilihan
yang natural bagi para penunggang yang mendahagakan prestasi sukan permotoran yang sebenar lagi mengghairahkan.”

“Dengan memilih untuk memperhalusi dan menaik taraf elemen-elemen rekaan yang tertentu, BMW S 1000 RR baharu kini lebih tertumpu untuk memenuhi keperluan peminatnya yang mendambakan keunggulan.

Mengendong DNA sukan permotoran prestasi tinggi, kami yakin bahawa jentera ini akan terus memberi inspirasi kepada para penunggang yang berani menyahut cabaran. Dengan BMW S 1000 RR baharu, kami ingin mempelawa para penunggang untuk meneroka sebuah dunia yang penuh dengan keghairahan, di atas dan di luar litar lumba, dan #NeverStopChallenging.”

Harga runcit (atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW S 1000 RR terbaharu ialah:

BMW S 1000 RR Style Passion RM129,500.00
BMW S 1000 RR M Package RM149,500.00