Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati untuk mengumumkan bahawa acara Volkswagen Fest kini kembali untuk kita semua menikmati muzik, budaya dan segalanya tentang Volkswagen.
Bakal berlangsung di Sentul Depot yang bersejarah di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Oktober, festival ini pastinya lebih besar berbanding sebelumnya dengan pelbagai aktiviti disediakan buat peminat Volkswagen dari segenap lapisan masyarakat.
Acara utama festival ini adalah prebiu khas jentera elektrik ID.4 yang mana garis aerodinamik yang kemas membuatkannya begitu menyerlah di atas jalan raya.

Acara selama dua hari tu membolehkan pengunjung mengimbau kenangan lama menerusi banyak model klasik Volkswagen. Selain menikmati pelbagai persembahan secara langsung daripada kumpulan muzik hinggalah pameran bola sepak gaya bebas.
Di Volkswagen Driving Academy pula, kanak-kanak boleh mendapatkan lesen
memandu pertama mereka.
Pengunjung juga boleh memandu rangkaian model Volkswagen daripada Arteon yang bergaya dan berkuasa, hatch paling menarik iaitu Golf atau mana-mana model daripada keluarga #SUVW Tiguan.
Waktu operasi adalah seperti berikut:
10am – 10pm (Sabtu, 15 Oktober)
10am – 8pm (Ahad, 16 Oktober)






































