TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Renault Zoe baharu akan dijual dan pendafatarn minat sudah pun dibuka.
Mereka yang ingin melihat Zoe baharu secara lebih dekat boleh mengunjungi bilik pameran
utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13, Petaling Jaya di mana sebuah unit Zoe ada
dipamer di sana.
Renault Zoe generasi terbaharu itu menawarkan keseronokan pemanduan elektrik 100% ke
satu dimensi baru. Dengan peningkatan kuasa dan jarak, pelbagai tambah baik dari segi
kejuruteraan dan teknologikal bersama gayaan Perancis yang tersendiri, Zoe baharu nyata
lebih menarik.
Sejak pengeluaran massa dilancarkan pada tahun 2012, Renault Zoe terus memenangi hati
pemandu dengan hampir 380,000 unit telah terjual sehingga penghujung Mei 2022.
Dua varian akan ditawarkan ke pasaran Malaysia iaitu R110 and R135 dengan konfigurasi
motor yang berbeza. Rangkaian kuasa yang telah dinaik taraf ini menjanjikan pengalaman
pemanduan yang lancar dan responsif.

Ditawarkan pada harga RM163,000, Zoe R110 baharu menawarkan kuasa maksimum
80kW dan tork 225Nm untuk pemanduan yang cekap.
Sementara itu, Zoe baharu R135 yang lebih berkuasa menawarkan kuasa 100kW dan tork
maksimum 245Nm. Harga rasmi untuk Zoe R135 baharu masih belum ditetapkan tetapi ia
dijangka sekitar RM175,000.
Jarak pemanduan dan pengecasan
Zoe R110 dan R135 dikuasakan oleh bateri 52 kWh Z.E. 50 baharu daripada Renault yang
mampu menawarkan jarak sehingga 395km berdasarkan kepada standard WLTP 2 . Ini
merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding bateri generasi sebelumnya tanpa penambahan dari segi dimensi.
Renault Zoe baharu juga menawarkan keupayaan pengecasan pantas (DC) menerusi
penambahan plug Combo CCS2 ke dalam pilihan pengecasan Type 2 alternating current
(AC) sedia ada.
Dengan pengecasan DC, Renault Zoe baharu mampu mencapai jarak sehingga 145km
apabila dicas selama 30 minit. Melalui pengecasan AC Type 2, Zoe baharu boleh dicaj
daripada kosong hingga 100 peratus dalam masa tiga jam (menggunakan pengecas 22 kW) dan sembilan jam 30 minit (dengan pengecas 7.4 kW).
Ruang dalaman baharu dan teknologi yang telah dinaik taraf
Renault Zoe baharu menerima rekaan dalaman baharu yang merangkumi kluster instrumen
bersaiz 10 inci TFT yang boleh diubah suai, di samping sistem multimedia EASY LINK Renault bersama enam unit pembesar suara.
Sistem infohibur yang telah dibaik taraf itu turut menampilkan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dengan replikasi telefon pintar yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.
Renault turut menggunakan material yang beretika dan lestari ke dalam ruang kabin pada
tekstil tempat sentuhan utama. Aspek keselesaan dan ergonomik yang telah dipertingkatkan menawarkan pemanduan lebih menyeronokkan kepada pemandu dan penumpang.
Ingin tahu dengan lebih lanjut?
Mereka yang ingin melihat Renault Zoe dengan lebih dekat boleh mengunjungi bilik
pameran utama Renault di Jalan Kemajuan Seksyen 13, Petaling Jaya di mana sebuah unit
Zoe R110 ada dipamer di sana.
Pelanggan yang ingin mendaftarkan minat mereka tehadap Renault Zoe baharu boleh
mendaftar di sini untuk mendapat kemas kini.





































