Senarai syarikat penerbangan global terkenal yang tersedia di platform ejen pelancongan dalam talian (OTA) airasia Super App terus berkembang, dengan Japan Airlines (JAL) menjadi syarikat penerbangan terbaharu untuk membenarkan penjualan tiket penerbangan mereka pada aplikasi super tersebut.

Ia merupakan syarikat penerbangan kedua dari Jepun untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA paling pesat berkembang di ASEAN, memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna airasia Super App untuk meneroka Jepun dan seterusnya, semudah di hujung jari mereka.

Melalui kerjasama baharu ini, penerbangan JAL akan tersedia untuk tempahan pada bahagian penerbangan di airasia Super App, dengan lebih 132 laluan domestik di Jepun dan 60 laluan antarabangsa termasuk sambungan yang lancar ke Amerika Utara.

Omotenashi, juga dikenali sebagai kemesraan layanan warga Jepun, merupakan nadi perkhidmatan mereka.

Dianugerahkan sebagai salah satu syarikat penerbangan antarabangsa utama yang paling menepati masa dan Syarikat Penerbangan 5 Bintang yang diperakui oleh Skytrax, JAL komited dalam menyediakan pelanggan dengan tahap keselamatan dan kualiti penerbangan tertinggi dalam setiap aspek perkhidmatannya serta ingin menjadi salah satu syarikat penerbangan paling diperakui dan bernilai di dunia.

Sebagai pengiktirafan terhadap langkah-langkah JAL FlySafe yang dipertingkatkan di lapangan terbang serta di atas pesawat, syarikat penerbangan itu telah dianugerahkan WORLD CLASS 2022 oleh APEX sambil pada masa yang sama mencapai Penarafan Keselamatan Syarikat Penerbangan COVID-19 5 Bintang peringkat tertinggi daripada SKYTRAX dan Pensijilan Berlian tertinggi daripada APEX Health Safety dikuasakan oleh Simplifying.

Untuk menempah penerbangan Japan Airlines di airasia Super App, para pengguna boleh melihat pada ikon ‘Flights’ dan memilih pengembaraan mereka yang seterusnya di Jepun dan seterusnya!

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Sehingga hari ini, kami mempunyai lebih 50 syarikat penerbangan dari pelbagai wilayah menyertai platform OTA airasia Super, dan kami berbesar hati untuk memeterai kerjasama ini dengan Japan Airlines.

Kehadiran Japan Airlines akan memberikan pengguna aplikasi super kami lebih banyak pilihan perjalanan dan kemudahan tempahan melalui platform perjalanan dan gaya hidup sehenti kami yang mudah.”

Tomohiro Sakaguchi, Pengurus Negara JAL Kuala Lumpur berkata, “Di Japan Airlines, kami sentiasa mencari cara baharu untuk memberikan penumpang kami pengalaman perjalanan yang terbaik.

Dengan industri pelancongan dalam fasa pemulihan yang kukuh, kami berbesar hati untuk menambah airasia Super App ke senarai ejen OTA yang dilantik. Dengan kerjasama ini, kami berharap dapat mengalu-alukan kembali lebih ramai penumpang dengan semangat Omotenashi kami yang istimewa.

Sebagai sebahagian daripada Polisi Korporat Kumpulan JAL, kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang tiada tandingan kepada para pelanggan kami.”

Selain JAL, platform OTA airasia Super App juga merangkumi lebih 700 rakan kongsi syarikat penerbangan lain dengan jenama terkenal seperti Turkish Airlines, Air New Zealand, KLM, dan banyak lagi.

Platform OTA airasia Super App juga memiliki lebih 700,000 hotel di seluruh dunia melalui kerjasama dengan jenama terkenal seperti Trip.com, MG Group, WebBeds, dan banyak lagi.

Syarikat penerbangan, hotel, atau penyedia perkhidmatan pelancongan yang ingin menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh menghubungi [email protected] .

Ikuti perkembangan terkini airasia Super App dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.