Sempena menyambut bulan Ramadan tahun ini, Maybank Islamic Berhad telah memperuntukkan dana sebanyak RM1.5 juta untuk mengagihkan keperluan makanan asas kepada lebih 8 ribu buah keluarga kurang berkemampuan di 11 buah negara, hari ini.
Sejak tahun 2013, program kemasyarakatan ini telah memanfaatkan lebih 120,000 buah keluarga yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU),
golongan tunawisma serta golongan asnaf yang lain dengan jumlah dana sebanyak lebih RM12 juta.
Nor Shahrizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic berkata
program ini selaras dengan misi Kumpulan Maybank untuk menginsankan perkhidmatan
kewangan di seluruh cawangan Maybank beroperasi terutama menerusi program
kemasyarakatan untuk terus berada dekat dihati masyarakat.

“Bulan Ramadan adalah bulan ibadah yang dinanti-nantikan bagi umat Islam di seluruh
dunia. Namun, sejak berdepan cabaran pandemik Covid-19 pada tahun 2020 yang lalu, kita menyaksikan perubahan aktiviti ibadah sepanjang Ramadan dilaksana dalam suasana serba baharu.
“Akibat pandemik juga ramai golongan yang terkesan terutama golongan berpendapatan
rendah. Justeru, kami berasa amat bersyukur kerana dapat meneruskan program dan
berkongsi rezeki untuk tahun yang kesepuluh ini bukan sahaja kepada golongan sasaran di
Malaysia, malah di sepuluh negara lain di Rantau ASEAN yang memerlukan bantuan serta
golongan pekerja asing yang merantau terutama yang bekerja dalam sektor perkhidmatan
sokongan di Emiriah Arab Bersatu (UAE)”.
Antara bekalan makanan yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung, gula dan lain-lain barangan keperluan asas sebagai persiapan untuk menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba.
Manakala di Singapura, lebih 800 keluarga akan menerima juadah berbuka puasa dibawah program berkenaan.

Nor Shahrizan berkata, negara termasuklah Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina,
Laos, Thailand, Kemboja, Brunei, Dubai dan etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.
Program pada tahun ini dijalankan dengan lima pertubuhan bukan berasaskan keuntungan
(NGO) iaitu Islamic Aid Malaysia (IAM), Islamic Relief Malaysia (IRM), MERCY Malaysia,
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Ikhlas.
Maybank Islamic sentiasa komited dalam merangka program tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun tetapi juga menjadi organisasi yang bertanggungjawab melalui prinsip menyepadukan kriteria Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) selaras dengan matlamat agenda pembangunan mampan Kumpulan Maybank.
Selain Program Regional Ramadhan Relief, pada tahun ini Maybank Islamic memperuntukan
dana lebih RM18 juta melalui program tanggungjawab sosial korporat yang akan diagihkan
sepanjang tahun 2022 termasuklah Program Semarak Ilmu iaitu program pendidikan untuk
kanak-kanak asnaf dan Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship (R.I.S.E),
sebuah inisiatif pemerkasaan ekonomi golongan asnaf.




































