Yamaha Cares akan mengadakan kempen servis percuma khas kepada mereka yang terkesan akibat bencana banjir dari 27 Disember hingga ke 31 Disember di Pusat Servis serta Pengedar Sah Yamaha yang terpilih sekitar kawasan Lembah Klang.
Bagi kawasan-kawasan lain yang terjejas, kempen ini akan dilakukan secara berperingkat.
Sebagai langkah berjaga, anda dinasihatkan untuk membuat temu janji sebelum ke Pusat Servis.

Selain dari pemeriksaan motorsikal secara percuma, kami juga menawarkan minyak enjin, minyak gear, penapis minyak dan penapis angin serta palam pencucuh secara percuma.
Tertakluk pada terma dan syarat.




































