Pengerusi NGO Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah bagi pengawalan padi dan Beras Negara Kementerian Pertanian dan industri Makanan, Azman Mahmood.
Dalam pertemuan itu antara perkara yang disentuh berhubung dengan bencana alam yang berlaku kepada para petani seperti banjir, kebakaran dan bencana luar jangka.
Menurut Azman, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan para petani malah sekiranya pesawah tersebut terbabit dalam bencana setelah menanam padi, mereka akan dibayar pampasan dibawah Tabung Bencana.
“Bagi usia padi 70 hari, kos ialah RM846 untuk 3 hektar pertama akan dibayar dan seterusnya begitu juga bagi usia pada 71 hari bayaran akan dibuat RM1,800 perhektar ini bagi jangka pendek.
“Manakala bagi jangka panjang kementerian sedang mengadakan kerjasama dengan syarikat insurans bagi melindungi nasib petani,” katanya di sini, hari ini.

Selain dari itu menurut Azman, Kementerian juga akan mengadakan kerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah bagi memberi pelbagai peluang kepada Lembaga Zakat memainkan peranan terlibat dalam indusrti tanaman padi supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada asnaf dan memperolehi pendapatan sendiri.
Sehubungan itu, beliau merayu kepada semua negeri khususnya lembaga/pusat Zakat Negeri dapat terlibat dalam industri ini khususnya penanaman padi berskala sederhana dan besar supaya banyak peluang pekerjaan dapat diberikan kepada golongan Asnaf.
Dalam pada itu Mustapha juga turut menekankan persoalan broker atau tauke haram dari Bangladesh dan Rohingya yang menjalankan aktiviti menanam padi dan sayur di merata tempat baik secara haram atau secara ‘Alibaba’ haruslah dicegah segera oleh pihak berkuasa dengan mengadakan operasi termasuk dipasar borong bagi mengatasi masalah itu.
“Menurut Azman, pihaknya sentiasa bekerjasama erat dengan pihak berkuasa dan pihak berkuasa tempatan bagi menyelesaikan isu monopoli penanaman padi oleh warga asing.
“Oleh itu, pemilik tanah perlu memantau perkara ini dan berhati-hati kerana dibimbangi sekiranya warga asing ini menanam benda-benda yang bermasalah seperti daun ketum atau terbabit dengan masalah jenayah,” katanya.
Mustapha juga berharap pemilik tanah perlu mempunyai semangat kenegeraan yang tinggi berkaitan isu padi dan beras kerana ianya makanan keperluan utama rakyat negara ini.
Beliau memberi contoh penduduk di Thailand, Vietnam dan Kemboja yang menjadikan tanaman padi sebagai sumber utama ekonomi negara.
“Kerajaan memberi pelbagai kemudahan untuk petani tetapi masih banyak lagi tanah sawah terbiar kerana minat penanaman padi dari golongan muda amat berkurangan.
“Saya menyarankan agar projek penanaman padi bersakla besar penting bagi menarik tarikan baru pelancongan dengan mewujudkan Kedai Cafe atau motel bagi pelancongan melawat kawasan sawah,” katanya.



































