JOJO Pet memperkenalkan perkhidmatan terbaru buat haiwan peliharaan di Malaysia dan kami berhasrat untuk mengundang para pelabur yang berminat untuk menyertai usaha sama mengembangkan perusahaan teknologi haiwan peliharaan.
“Sesungguhnya industri haiwan peliharaan mempunyai potensi besar untuk berkembang maju kerana satu pertiga penduduk Malaysia memiliki haiwan peliharaan,” kata Seow Kim Chin (KC), pengasas JOJO Pet.
Walaupun sudah terdapat beberapa perkhidmatan teksi haiwan peliharaan di Malaysia, KC
mendapati bahawa perkhidmatan ini tidak menyelesaikan kebanyakan masalah yang dihadapi pelanggan, terutamanya berhubung dengan perkhidmatan pengangkutan haiwan peliharaan yang tersusun.

Beliau menjelaskan kebanyakan perkhidmatan teksi haiwan peliharaan akan meminta pihak pemandu bertemu dengan haiwan kesayangan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengangkut haiwan peliharaan tersebut.
Hakikatnya, proses ini memakan masa sehingga menimbulkan kesulitan terhadap pemilik haiwan peliharaan.
Melalui aplikasi Teksi Haiwan Peliharaan JOJO Pet, pemilik haiwan peliharaan hanya perlu
mengetik aplikasi di telefon beberapa kali sebelum pemandu datang mengambil haiwan
peliharaan masing-masing mengikut masa yang diperuntukkan.
JOJO Pet juga memastikan segala jenis pengangkutan yang digunakan untuk membawa haiwan peliharaan dilengkapi dengan peralatan keselamatan yang diperlukan seperti tali pinggang keledar buat si manja, jaring keselamatan, alas tempat duduk yang terjamin bersih supaya perjalanan haiwan kesayangan anda kekal selamat dan selesa ke destinasi yang dituju.
Malahan, pemilik haiwan peliharaan tidak perlu membuat panggilan telefon tambahan untuk mengesahkan janji temu tersebut kerana hal ini sudah diatur melalui aplikasi mudah alih sedemikian.

“Pemandu kami diwajibkan menjalani pemeriksaan dan latihan yang ketat sebelum dibenarkan mengangkut mana-mana haiwan peliharaan. Kriteria pertama yang perlu dipenuhi ialah mereka sendiri merupakan pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.
“Hal ini untuk memastikan pelanggan kami yakin bahawa pemandu mengetahui cara mengendalikan haiwan peliharaan, terutamanya ketika pemilik anak bulu tidak dapat berada di sesuatu lokasi untuk menemani haiwan peliharaan mereka.”
Kamera papan pemuka serta kamera bagi si manja akan dipasang di setiap kenderaan demi jaminan dan keselamatan si manja.
Penambahbaikan Berterusan Aplikasi Mudah Alih
Pihak JOJO Pet mengambil masa selama sepuluh bulan untuk membangunkan teknologi yang tercetus daripada idea perkhidmatan teksi haiwan peliharaan. Mereka mengumpul maklum balas di peringkat pembangunan aplikasi sebelum membuat penambahbaikan dan
mengendalikan gangguan supaya pelanggan dapat menggunakannya dengan lancar.
“Pasukan kami sentiasa menyelidik dan membangunkan aplikasi secara berterusan supaya
dapat menawarkan pengalaman yang menyenangkan kepada pelanggan, iaitu pemilik dan si manja mereka,” kata KC.
“Walaupun kami begitu teruja untuk melancarkan aplikasi ini, kami perlu memenuhi janji kami dengan pelabur dan pengguna dari segi kualiti aplikasi dan kelancarannya,” tambah beliau.
Membuka Saluran Pendapatan Tambahan bagi Perniagaan Haiwan Peliharaan
KC juga mengalu-alukan semua pemilik perniagaan haiwan peliharaan di Malaysia untuk sama-sama mendaftar sebagai peniaga di aplikasi mudah alih JOJO Pet. Sesungguhnya beliau percaya, hal ini membuka ruang untuk peniaga memperoleh pendapatan tambahan melalui ekosistem teknologi haiwan peliharaan secara menyeluruh.

“Kami telah menghubungi sekurang-kurangnya 200 pengusaha dandanan haiwan peliharaan di Lembah Klang, dan jumlah ini semestinya semakin bertambah. Untuk memastikan perniagaan masing-masing berdaya tahan, pengusaha perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 2 sehingga 5 janji temu setiap hari.
“Angka ini tidak termasuk perkhidmatan lain seperti pengangkutan ke klinik veterinar, pusat latihan, hotel, termasuklah kedai bekalan haiwan peliharaan,” kata KC.
“Dengan menggunakan aplikasi mudah alih teksi JOJO Pet, mereka boleh meluaskan
jangkauan pasaran melangkaui kawasan perniagaan masing-masing, sekaligus merancakkan pertambahan pendapatan dalam jangka panjang apabila berdaftar sebagai peniaga kami,” jelasnya lagi.
Melalui perkongsian yang kukuh dan strategik, KC percaya mereka boleh menembusi pasaran dengan lebih meluas demi kebaikan bersama.
Lebih daripada sekadar perkhidmatan teksi haiwan peliharaan
JOJO Pet memiliki visi yang hebat bagi aplikasi mudah alih ciptaannya. Aplikasi mudah alih ini tidak cukup lengkap dengan sekadar penawaran perkhidmatan teksi haiwan peliharaan.
“Aplikasi ini kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pencinta haiwan dan jumlah
tempahan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami menyambut baik mana-mana pemilik perniagaan haiwan peliharaan untuk mengambil peluang menyertai platform kami dan memanfaatkan populariti aplikasi ini untuk menambah pendapatan daripada perniagaan masing-masing,” katanya.
Mana-mana pelabur atau pemilik perniagaan haiwan peliharaan yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan JOJO Pet, mereka boleh berbuat demikian dengan
menghantar emel ke [email protected].




































