Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) telah mengambil langkah proaktif dalam meneruskan usahanya untuk menyemai amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) di kalangan komuniti menerusi acara tahunan ikonik mereka, WASTE IS AMAZING iaitu sebuah pertandingan reka fesyen dari bahan kitar semula.

Dengan menggunakan tema PAPER COUTURE, pertandingan fesyen yang unik ini telah memasuki tahun ke-9 dan pelbagai idea yang kreatif dan luarbiasa telah dipertonjolkan.

SECOND PLACE-Alam Flora

Pada tahun ini, seramai 20 orang pereka amatur yang terpilih dari pelbagai latarbelakang, akan menunjukkan kreativiti mereka dalam rekaan pakaian secara maya disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

“Dengan adanya pelbagai halangan akibat pendemik COVID-19, kami masih menerima sambutan penyertaan yang luar biasa di mana kami menerima lebih daripada 80 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Ini jelas menunjukkan karya itu tidak mengenal batasan dan sekaligus penerimaan terhadap budaya kitar semula semakin di terima terutamanya di kalangan genersi muda,” kata Dato Mohd Zain Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora.

Best Social Media 2021-Alam Flora

“Pemilihan kertas sebagai bahan utama pada rekaan fesyen pada tahun ini adalah amat bertepatan sekali kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) menunjukkan bahawa kertas adalah bahan buangan ketiga terbesar selepas sisa makanan dan plastik.

“Ia juga bersesuaian dengan aspirasi pihak kerajaan bagi mengurangkan sebanyak 40% sisa yang boleh dikitar semula, dibuang ke tapak pelupusan menjelang 2025.

“Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah mempertingkatkan usahanya dalam menjangkau pengurusan sisa terutamanya dalam membudayakan amalan kitar semula di kalangan rakyat Malaysia dan ‘Waste is Amazing’ adalah merupkan salah satunya. Kini kita boleh melihat sisa dari perspektif yang berlainan secara positif,’ katanya lagi.

Pertandingan penuh warna warni selama sejam ini melibatkan juri-juri profesional termasuk pereka fesyen terkemuka Hatta Dolmat dan penyanyi terkenal, Sissy Imann. Walaupuan para juri menghadapi masa yang sukar untuk memilih pemenang, namun pengalaman yang menyeronokkan ketika memilih pemenang berdasarkan kriteria yang diberikan oleh Alam Flora.

THIRD PLACE-Alam Flora

Pertandingan tersebut telah dijalankan secara langsung di Facebook dan Instagram Alam Flora dan ditonton oleh netizen di seluruh negara dan serata dunia, apabila isu jarak dan lintas sempadan bukan lagi penghalang.

Pemenang pertama pertandingan WASTE IS AMAZING 2021 FASHION DESIGN COMPETITION: PAPER COUTURE membawa pulang wang tunai RM1,000 serta 10 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan.

Manakala pemenang kedua akan menerima RM800 wang tunai, 5 ribu mata ganjaran Mesra Pentronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan. Pemenang ketiga menerima RM500 tunai, 3 ribu mata ganjaran Mesra Petronas, tifin edisi khas Alam Flora dan e-sijil penyertaan.