OIB Group rapatkan jurang dengan Pulau Indah Arym menerusi kerjasama pertama dalam pembangunan sektor hartanah perindustrian.

Penularan pandemik Covid-19 sepanjang tahun ini melonjakkan penggunaan platform e-dagang sekali gus menyebabkan permintaan untuk ruang dan kemudahan perindustrian meningkat.

Ia sekali gus memberi tekanan kepada industri logistik untuk memenuhi permintaan pengguna. Pada masa yang sama, kekurangan jumlah bekalan di lokasi strategik di sekitar Lembah Klang mengakibatkan ketidakstabilan harga lot tanah perindustrian.

From L to R: Chan Huan Hin, Director of MTT Shipping, Ooi Lean Hin, Managing Director of MTT Shipping, Wendy Lim, General Manager of Sales and Marketing of OIB Group)

Menyedari perkara itu, pemaju hartanah Oriental Interest Berhad (OIB) Group yang terkenal dengan rekod pencapaiannya dalam pasaran untuk segmen kediaman sejak tiga dekad lalu, melancarkan Pulau Indah Arym, bagi membantu merangsang pertumbuhan ekonomi di Selangor.

OIB Group mengalu-alukan kehadiran salah sebuah syarikat perkapalan terkemuka
di Malaysia, MTT Shipping Sdn Bhd, ke projek perindustrian pertama di Pulau Indah Arym.

Melalui perjanjian ini, MTT Shipping dan syarikat berkaitan akan membeli enam lot tanah
perindustrian seluas kira-kira 24.5 ekar dengan harga lebih RM70 juta sekali gus memeterai kerjasama pertama di Pulau Indah Arym.

Kini masih terdapat 196 ekar tanah yang mampu memuatkan 41 unit perindustrian dan komponen komersial kecil dengan nilai pembangunan kasar  (GDV) sekitar RM400 juta. Projek pembangunan tahap 1 dijangka siap pada suku pertama 2022.

Pengurus Besar Penjualan dan Pemasaran OIB, Wendy Lim berkata, biarpun OIB terkenal
dengan pembangunan projek kediaman dan komersial, pihaknya mahu meneroka peluang baru dalam pasaran sektor hartanah perindustrian yang memiliki potensi besar untuk berkembang.

“Oleh itu, kami mula merancang untuk melaksanakan projek Arym di Pulau Indah sejak 2017 dan hasil kerja keras selama beberapa tahun membuahkan hasil apabila pelancarannya mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Mengulas lanjut, dengan bentuk seperti kapal, Pulau Indah Arym berada di lokasi yang strategik kerana terletak berhampiran pelabuhan utama negara yang sangat sesuai untuk MTT Shipping yang menyediakan perkhidmatan perkapalan lengkap antara Semenanjung dan Malaysia Timur dan pelabuhan serantau laut dalam seperti Singapura, Thailand dan Brunei.

“Dengan lokasi yang strategik dan keluasan tanah yang sesuai, Pulau Indah Arym berjaya
memenuhi keperluan MTT Shipping untuk pembangunan kemudahan pengangkutan bersepadu yang merangkumi depot kontena kosong, terminal kenderaan dan kemudahan membaiki kapal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan MTT Shipping, Ooi Lean Hin berkata, kawasan seluas 24.5
ekar membolehkan mereka merasionalisasi pembangunan kemudahan pengangkutan
bersepadu yang akan memberikan pengaruh positif kepada pelbagai kemudahan logistik di
sekitar kawasan pembangunan.

Lokasi tanah di sekitar pelabuhan utama negara, Westports, membantu pelanggan menjimatkan kos dan penyelesaian logistik yang cekap.

Untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berbeza, OIB Group beralih dengan menghasilkan struktur standard dan menggabungkan reka bentuk yang dapat disesuaikan kepada ramai individu untuk konteks yang berbeza.

Inisiatif ini akan menguntungkan banyak organisasi, termasuk MTT Shipping yang ingin membangunkan depot yang dilengkapi dengan teknologi canggih, termasuk platform yang
dapat menghubungkan semua pihak berkepentingan termasuk rantaian penghantaran dan
pengangkutan untuk memastikan keberkesanan pengurusan dan perancangan kontena.

Platform ini akan dapat meningkatkan kecekapan, kebolehlihatan dan penambahbaikan
perkhidmatan dalam rantaian penghantaran dan pengangkutan yang menjalankan tugas
kutipan dan serahan, menyediakan peralihan trak yang cepat dan meningkatkan aliran operasi keseluruhan rantaian bekalan.

“Arym fokus kepada penyediaan tanah dan infrastruktur projek, kerana ia memberikan
kebebasan untuk membuat penyesuaian kerana keperluan industri sangat spesifik.

“Tambahan pula, di Shah Alam, Meru Klang, Telok Gong, dan Bukit Raja terdapat jurang pasaran selain berdepan masalah kekurangan unit industri dan bersaiz lebih kecil. Selain menawarkan pelbagai jenis unit lot tanah, termasuk industri ringan, sederhana dan berat, kita turut berharap Arym dapat berkembang menjadi salah satu hab perindustrian terkemuka di Selangor,” kata Wendy.