Spotify Technology S.A. (NYSE:SPOT), perkhidmatan langganan penstriman audio paling popular di dunia, mengumumkan bahawa syarikat itu telah mengadakan satu perjanjian muktamad untuk memperoleh Megaphone, satu daripada platform pengiklanan dan penerbitan audio siar paling berinovatif di dunia.
Bersama-sama, Spotify dan Megaphone akan membantu pengiklan dan penerbit audio siar untuk merealisasikan potensi sepenuhnya bagi audio siar. Kedua-dua buah syarikat itu akan mencapainya melalui kuasa Tempat pasaran Sasaran Megaphone dan dengan menyediakan Penyisipan Iklan Penstriman untuk penerbit audio siar pihak ketiga buat pertama kalinya.

Dengan pemerolehan ini, Spotify terus mencapai sasaran mereka untuk menjadi platform audio terkemuka di dunia dan memberi tumpuan kepada mengembangkan pengewangan audio merentasi industri itu.
Pemerolehan itu menyusuli pelancaran Penyisipan Iklan Penstriman Spotify, satu teknologi iklan audio siar yang berinovatif yang memberikan keakraban dan kualiti bagi iklan audio siar tradisional dengan ketepatan dan ketelusan bagi pemasaran digital moden.
Pengiklan kini akan dapat mengaktifkan merentasi audio siar Asli & Eksklusif Spotify dan pada masa yang sama meningkatkan jangkauan melalui Tempat pasaran Sasaran Megaphone.
Bagi penerbit audio siar, pemerolehan itu akan membuka peranti berinovatif yang akan membantu mereka memperoleh lebih banyak hasil daripada kerja mereka. Ini termasuk peluang untuk memilih agar kandungan mereka memperolehi pendapatan, memadankan pendengar mereka dengan permintaan yang lebih besar daripada pengiklan.
Setelah urus niaga ditutup, Spotify akan segera menyediakan Penyisipan Iklan Penstriman untuk semua penerbit audio siar di Megaphone, pertama kali teknologi ini akan tersedia kepada pihak ketiga.

Dengan Penyisipan Iklan Penstriman, penerbit audio siar akan dapat menawarkan audiens audio siar yang lebih bernilai kepada pengiklan berdasarkan kepada tanggapan iklan yang disahkan.
“Kami masih di peringkat awal bagi kisah industri penstriman audio itu, tetapi ia adalah sangat jelas bahawa potensinya sangat signifikan,” kata Dawn Ostroff, Ketua Pegawai Kandungan & Perniagaan Iklan, Spotify.
“Kami tidak sabar untuk melihat Megaphone bergabung dengan Spotify dalam misi kami untuk mempercepatkan pengewangan audio siar yang lebih pintar untuk pengiklan dan penerbit audio siar yang dikuasakan oleh audiens berskala dan teknologi canggih.”
“Kami sangat gembira kerana dapat bergabung dengan Spotify untuk membantu memajukan medium audio siar bagi penerbit dan pengiklan,” kata Brendan Monaghan, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaphone.
“Kami percaya bahawa nilai bersama Megaphone dan Spotify di dalam inovasi akan memacukan ekosistem audio siar ke hadapan di seluruh dunia,” katanya.




































