Selebriti tempatan Marsha Milan yang berasal dari Tamparuli, Sabah telah bekerjasama dengan IKHLAS, cabang perniagaan mesra muslim di bawah naungan airasia.com untuk memupuk semangat rakyat Sabah yang terjejas oleh pandemik ini.

Baru-baru ini, Marsha telah melancarkan single baharu beliau ‘Insan Tadau’ (Suatu Hari Nanti) pada bulan Oktober 2020 bersama seorang lagi penyanyi dari Sabah, Velvet Aduk.

Mesej dalam lagu yang menitip harapan berikutan pandemik ini selaras dengan objektif IKHLAS yang giat membantu komuniti di kampung halamannya. Justeru, Marsha terpanggil untuk bekerjasama menggalakkan lebih ramai orang menderma melalui kempen ‘IKHLAS untuk Sabah’ di ikhlas.com.

Ikhlas Kamarudin, Ketua IKHLAS berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan selebriti tempatan yang berasal dari Sabah seperti Marsha dan Kumpulan Zero untuk membantu komuniti di Sabah.

“Kami ingin berkongsi bahawa pengagihan pertama barangan keperluan harian telah dilakukan pada minggu lepas di Pulau Gaya, Papar, Kudat, Tawau dan Sandakan Sabah telah membantu lebih kurang 1,150 keluarga yang kurang bernasib baik.

“Sejak pelancaran ‘IKHLAS Untuk Sabah’ kami telah berjaya mengutip sebanyak RM136,974 dan inisiatif derma ini masih berjalan, jadi kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan bersama-sama menderma di ikhlas.com.”

Selain itu, Kumpulan Zero (Atu, Syarif dan Syaiful), pemenang pertandingan realiti popular untuk pelawak juga bekerjasama dengan IKHLAS untuk mengalakkan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk membantu rakyat Sabah dengan menderma di ikhlas.com.

Ikuti temubual penuh penyanyi dari Sabah ini yang berkongsi mengenai inisiatif ‘IKHLAS Untuk Sabah’ di saluran YouTube di bawah: