Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini, melancarkan buat pertama kalinya, Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) tujuh tempat duduk, Tiguan Allspace.
SUV yang dipasang sepenuhnya di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI.

Bagi Tiguan Allspace Highline, ia dipadankan dengan enjin turbo pancitan terus 1.4 TSI dengan kotak gear klac basah direct shift enam-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150 PS dan tork 250 Nm.
Bagi model Tiguan Allspace R-Line yang lebih sporty, pula dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0 TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift tujuh-kelajuan (DSG).
Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220 PS dan tork 350 Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.

Ia turut dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan.
Sistem 4MOTION itu berfungsi selari dengan sistem-sistem keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti sistem brek anti kunci (ABS), Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).
Tiguan Allspace R-Line juga hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih mantap. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mod pemanduan iaitu Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.

Tiguan Allspace dengan tapak roda lebih panjang menjadikannya sebuah SUV yang benar-benar luas. Seterusnya dapat menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk.
Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya, ia mampu menawarkan ruang seluas 700 liter. Jika tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat, SUV berkenaan memberikan ruang yang sangat luas iaitu 1,775 liter, terbaik dalam kelasnya.
SUV tujuh tempat duduk itu menggabungkan prestasi dinamik, pengalaman off-road sebenar dan mengetengahkan DNA SUV Volkswagen yang baru, menjadikannya cukup versatil serta menarik perhatian.
Tiguan Allspace R-Line
Berpegang teguh kepada legasi R-Line, Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV berprestasi tinggi. Penampilan agresifnya di atas jalan biasa dan off-road diserlahkan dengan rim aloi Sebring bersaiz 19”. Ia juga menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya.

Keupayannya dipertingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4Motion. Bahagian dalaman tidak kurang menariknya dengan ciri ketersambungan terbaik seperti Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro infotainment 9.2”.
Varian Volkswagen R-Line mengambil inspirasi daripada rangkaian model breprestasi tinggi Volkswagen R. Pakej gayaan sporty yang dipasang pada varian R-Line membuatkannya kelihatan lebih sporty, pada masa sama mengekalkan nilai yang hebat.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pasaran SUV yang kian berkembang di Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada Tiguan Allspace.
“Pasaran SUV di Malaysia telah berkembang sebanyak 65% dan kami percaya ia akan terus memacu pasaran automotif.
“Dengan penambahan dua varian Tiguan Allspace, Volkswagen akan dapat memenuhi keperluan pembeli yang berbeza apabila menawarkan mereka dengan pilihan jentera 7 tempat duduk bersama kualiti kejuruteraan Jerman serta prestasi yang tiada tandingan.”

Menjadi model terlaris Volkswagen di peringkat global, Tiguan mencatat rekod apabila mencapai jualan 6 juta unit pada tahun 2019. Ia juga menjadi model paling laris untuk kumpulan Volkswagen untuk tahun yang sama.
Kini, model serba baharu Tiguan keluar daripada saluran pengeluaran di seluruh dunia pada setiap 35 saat.
Tiguan Allspace Highline 1.4TSI Serba Baharu
Tiguan Allspace Highline serba baharu dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh, rim Kingston 18” serta lampu kabus di hadapan dan belakang.
Melihat kepada ruang dalaman, banyak ciri astetik dan fungsi boleh didapati pada Tiguan Allspace Highline.

Ruang dalamannya hadir dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, tempat duduk elektrik 12-talaan untuk pemandu dan sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu 3 zon demi keselesaan semua penumpang.
Stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jelajah membuatkan pemanduan Tiguan Allspace Highline cukup menyeronokkan.
Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace Highline menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm. SUV ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km.
Digital Cockpit bersaiz 11.7” dengan paparan colour thin-film transistor (TFT) beresolusi tinggi menawarkan pelbagai fungsi dan ciri dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk navigasi serta media.

Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan aspek personalisasi ke tahap
baru dengan lebih 30 pilihan kombinasi.
Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang banyak melalui unit utama dengan skrin sentuh Composition Media bersaiz 8”. Ia menyokong kamera belakang, selain sistem infohibur dan menu kenderaan yang lengkap.
Ciri-ciri Keselamatan
Tiguan Allspace Highline dilengkapi pelbagai ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), brek Multi-collision, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control.
Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI Serba Baharu
Tiguan Allspace R-Line hadir dengan ciri yang lebih banyak berbanding Tiguan Allspace Highline.

Rekabentuk luaran Tiguan Allspace R-Line menampilkan gayaan sporty menerusi bampar
hadapan dan belakang R-Line, garis pada panel sisi hadapan, ekzos berkembar serta spoiler belakang.
Penampilan keseluruhannya disempurnakan lagi dengan rim aloi Sebring bersaiz 19”.
Ruang dalaman
Selain daripada tempat duduk hadapan dengan talaan elektrik 12-cara yang dibalut kulit Vienna. Ruang kabin itu turut dipasang dengan lencana R-Line pada tempat duduk, stereng, pedal sports aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium pada bahagian hadapan dan belakang, kemasan dekoratif ‘Dark Grid’ serta kemasan bumbung
berwarna hitam.

Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV yang menawarkan ruang, keselesaan dan prestasi. Sebuah SUV yang cukup mantap, ia dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG).
Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.
4MOTION
Tiguan Allspace R-Line serba baharu dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan.

Ini kerana sistem pacuan semua roda tersebut mengagihkan kuasa kepada semua empat roda bila dan di mana ia diperlukan. 4MOTION berfungsi selari dengan sistem-sistem
keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti Sistem Brek Anti- Kunci (ABS), Electronic Stability Programme (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).
Ketersambungan
Selain Digital Cockpit yang cukup jelas, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi sistem infohibur navigasi Discover Pro bersaiz 9.2” yang mudah dioperasi. Terima kasih kepada plug-in App Connect (Apple Carplay, Android Auto, Mirrorlink) yang lengkap dengan kawalan suara dan gestur untuk memberikan ketersambungan bebas tangan sepenuhnya kepada pemandu.
Ciri-ciri Pemanduan R
Tiguan Allspace R-Line hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih personal. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mode pemanduan – Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.

Setiap penyerap hentak disambungkan ke satu sistem yang mampu mengira data daripada sensor bagi memberikan talaan optimum untuk dipadankan dengan keperluan serta kecenderungan pemandu. Keselamatan
Hill Descent Control (HDC) ialah satu ciri keselamatan tambahan yang menawarkan kawalan laluan off-road mengujakan apabila mode Off-Road diaktifkan. Ciri tersebut yang merupakan sebahagian daripada sistem 4MOTION akan menekan brek dan pendikit apabila diperlukan.
Ia bagi memastikan kenderaan bergerak pada kelajuan stabil dan terkawal ketika menuruni bukit.
Warna
Varian Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Platinum Grey) dan putih (Pyrite Silver).
Harga (sebelum pengecualian cukai)
- Tiguan Allspace Highline : RM169,990
- Tiguan Allspace R-Line : RM213,490
Dengan adanya pengecualian cukai, kedua-dua varian tersebut ditawarkan pada harga cadangan RM164,430.75 dan RM208,553.79 sehingga 31 Disember 2020.
Pemilik akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.





















































