Sukarelawan Maxis, M Squad, bergabung tenaga untuk menyediakan dan mengagihkan bungkusan makanan dalam dua fasa untuk 300 keluarga di beberapa wilayah
Dengan keinginan yang tulus untuk berkhidmat kepada rakyat, Maxis terus komited untuk
mewujudkan suasana positif kepada masyarakat dengan berfokus kepada pendidikan,
sambutan amal perayaan, bantuan bencana dan keusahawanan.

Berlatarbelakangkan situasi yang belum pernah terjadi sebelumnya, Raya tahun ini tidak
menghalang Maxis daripada meneruskan inisiatif sambutan amal perayaannya.
Sinonim dengan kempen #KitaSapotKita Maxis untuk menginspirasi semangat positif walaupun dalam keadaan yang mencabar di seluruh negara, nilai memberi dan berkongsi tetap kuat dipraktiskan di bawah ‘normal baru’.
Dalam program khas ‘Bersyukur Raya Dengan Maxis’, 300 keluarga di beberapa wilayah di Semenanjung Malaysia menerima bungkusan makanan, dengan usaha yang diselaraskan oleh sukarelawan Maxis, M Squad.
Sukarelawan menyelaraskan usaha tersebut dengan Ketua Kampung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pihak berkuasa dan rangkaian tempatan untuk mengenal pasti isi rumah yang memerlukan di bandar Batu Pahat, Johor Bahru, Nilai, Tanah Putih, Setiu dan Machang.
Bungkusan makanan yang mengandungi tepung gandum, beras putih, minyak masak, mi
segera dan pelbagai barangan dalam tin, kemudian dibungkus dan dihantar menggunakan
perkhidmatan penghantaran dengan langkah SOP yang ketat kepada setiap penerima.
“Sambil kita merangkul kehidupan dalam ‘normal baru’, nilai-nilai seperti memberi dan berkongsi tidak boleh dilupakan kerana nilai-nilai tersebut berakar-umbi dalam budaya Malaysia, terutama pada masa yang memerlukan ini.
Di Maxis, pekerja kami sama-sama bersemangat untuk membantu menjayakan program ini. Kami berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada keluarga yang menerimanya,” kata Mazlan Mokhtar, Ketua Wilayah Selatan Maxis.
“Program ini hanya sekilas dari bagaimana sumbangan yang walaupun kecil, adalah bermakna terutama bagi mereka yang memerlukan. Kami bersyukur kerana kami dapat membantu masyarakat, tidak kira apa keadaannya.

“Kami berharap dapat terus memperkasakan rakyat Malaysia untuk tetap positif dan terus bersatu,” kata Bhaarthyraja Thanapal, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis.
M Squad adalah program sukarelawan pekerja Maxis yang memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti khidmat masyarakat dan inisiatif prihatin yang diambil berat oleh mereka, dan untuk menyumbang kepada masyarakat.
Tidak seperti aktiviti sambutan amal perayaan Maxis sebelumnya, hanya sejumlah sukarelawan berada di kawasan untuk mematuhi SOP semasa dan garis panduan jarak sosial.
Sukarelawan M Squad dilengkapi dengan topeng muka dan pembersih tangan, dan memastikan hubungan minimum ketika bungkusan makanan diedarkan.
Pada bulan Ramadan, Maxis bekerjasama dengan Astro untuk mengedarkan 9,000 paket
Bubur Lambuk kepada pekerja barisan hadapan dan rumah amal di seluruh lokasi di Kuala
Lumpur dan Lembah Klang, termasuk Hospital Kuala Lumpur, IPD Sentul dan Rumah Titian
Kasih.
Aktiviti di sekitar Bubur Lambuk seperti kuiz Bahasa Inggeris dan pertandingan kreatif
juga dianjurkan untuk pelajar eKelas, program komuniti utama Maxis.






































