Semua penumpang AirAsia dengan tempahan penerbangan sedia ada yang dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh perlepasan antara 23 Mac dan 30 Jun 2020 kini mempunyai pilihan lebih fleksibel untuk perjalanan akan datang.

Tetamu yang layak kini boleh membuat pilihan dari senarai berikut yang lebih fleksibel dengan segera melalui AVA di laman support.airasia.com atau airasia.com:

  • Pertukaran tarikh penerbangan tanpa had: Tukar tarikh penerbangan anda sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk; ATAU

  • Akaun Kredit: Kekalkan nilai tambang tempahan anda ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa 365 hari kalendar bermula dari tarikh yang dikreditkan untuk perjalanan masa akan datang bersama kami. Tarikh perjalanan boleh dibuat pada bila-bila masa selagi mengikut penerbangan yang telah dikeluarkan.

    Tetamu juga dinasihatkan untuk merujuk kepada Panduan COVID-19 untuk menyemak kelayakan dan maklumat lanjut mengenai permohonan anda.

    Semua maklumat ini terpakai hanya untuk tempahan dalam talian yang dibuat secara langsung dari laman web airasia.com. Untuk tempahan berkumpulan atau tempahan yang dibuat melalui ejen pelancongan, sila rujuk kepada ejen anda untuk bantuan seterusnya.

    Berikutan keadaan yang tidak dijangka ini, kami mengalami peningkatan pertanyaan yang maksimum pada masa ini. Kami terus berusaha sepanjang masa untuk menawarkan bantuan kepada mana-mana tetamu yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan, dan kami amat menghargai kesabaran anda.

    Kesihatan dan kesejahteraan para tetamu dan kakitangan kami sentiasa menjadi keutamaan. Kami terus mengikuti rapat situasi kesihatan awam dan mematuhi sepenuhnya nasihat oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan global.

    AirAsia akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan. AirAsia juga mempunyai hak untuk mengumumkan sebarang polisi baharu berdasarkan perkembangan terkini berkenaan situasi COVID-19.

    Untuk perkembangan terkini, ikuti AirAsia di Twitter (@AirAsia) dan Facebook (facebook.com/airasia) atau hubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.

    Tetamu juga dinasihatkan untuk menyemak status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk maklumat yang terkini.