Laporkan lubang-lubang jalan dengan Waze untuk pemanduan lebih lancar. Kira-kira 19,000 lubang jalan ditampal pada tahun ini.

UNTUK memastikan pemanduan yang lebih lancar di Selangor sepanjang musim cuti sekolah ini, para pengguna jalan raya digalakkan untuk memanfaatkan kerjasama di antara Waze dan Kerajaan Negeri Selangor agar masalah lubang-lubang jalan dapat ditangani dengan lebih cekap dan pantas.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk melaporkan lubang-lubang jalan di Selangor dengan selamat melalui Waze.

  1. Apabila anda melihat sebuah lubang di jalan, minta penumpang anda mengetik dan menekan ikon Laporan

  1. Tiga jenis pilihan laporan akan dipaparkan apabila anda menekan ikon Laporan.

  2. Sambil menekan ikon Laporan, gerakkan ibu jari anda untuk memilih Bahaya

           

  1. Dalam menu Bahaya, pilih bahaya di jalan

  2. Kemudian, pilih Lubang

 

      

6. Ketik Hantar untuk berkongsi laporan tersebut.

7. Tunggu Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor untuk memperbaiki lubang jalan tersebut dalam tempoh 5 hari.

8. Nikmati pemanduan yang lebih lancar selepas lubang tersebut ditampal.

Pengurus Negara bagi Waze Malaysia, Edward Ling berkata dengan inisiatif ini, para pemandu di Selangor dapat melaporkan lubang-lubang jalan terus kepada pihak-pihak berkuasa dengan mudah dan cekap, dan lubang-lubang tersebut dapat ditampal secepat mungkin.

“Waze sentiasa mengambil berat tentang komuniti kami. Anggota-anggota komunitiIah yang sentiasa berkongsi data trafik masa nyata dan makluman lain yang berkaitan bagi membantu memastikan perjalanan yang lebih lancar. Kami berharap badan-badan kerajaan akan menerima pakai dan bekerjasama dengan Waze melalui program pertukaran data yang percuma ini,” katanya.

Menurut Unit Penghantaran Smart Selangor (SSDU), inisiatif ini meliputi kesemua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor, iaitu: Petaling Jaya (MBPJ), Shah Alam (MBSA), Hulu Selangor (MDHS), Kuala Langat (MDKL), Kuala Selangor (MDKS), Sabak Bernam (MDSB), Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Klang (MPK), Selayang (MPS), Sepang (MPSepang) dan Subang Jaya (MPSJ). Walau bagaimanapun, beberapa jalan raya di Selangor merupakan milik persendirian atau diurus oleh Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah / Tanah, atau Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia secara berasingan.

Timbalan Pengarah SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, bagi tempoh dari Januari hingga November tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menerima lebih daripada 19,000 laporan melalui para pengguna Waze dan telah menampal hampir kesemua lubang-lubang jalan di jalan raya yang dikendali oleh pihak berkuasa tempatan. “Kerjasama di antara kerajaan dan rakyat ini telah menunjukkan kesan yang nyata, dan kami berharap rakyat Selangor akan terus membantu kerajaan dalam mengesan lubang jalan melalui apl Waze.”

Muat turun apl Waze sekarang dan jadikan pemanduan di Selangor lebih selamat dan lancar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.waze.com.

Mengenai Waze

Waze merupakan perintis navigasi sosial yang memanfaatkan teknologi mudah alih dan komuniti global yang ghairah untuk mentakrifkan semula jangkaan terhadap peta pada hari ini. Dalam skala global, Waze digunakan oleh kebanyakan pemandu setiap hari untuk tujuan lalu lintas dan menjimatkan masa serta wang. Aplikasi ini sentiasa mencadangkan laluan yang paling cepat berdasarkan pemanduan masa nyata dan data daripada berjuta-juta pengguna. Dari pengarahan semula ke makluman harga gas rendah serta tawaran relevan daripada jenama kegemaran anda, Waze merupakan aplikasi pemanduan yang terlengkap di pasaran. Untuk memuat turun aplikasi Waze yang percuma bagi iOS atau Android, lawati https://www.waze.com.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini