Celcom Axiata Berhad terus mewarnai kemeriahan bulan Syawal dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama 100 anak-anak yang kurang bernasib baik dan juga rakan korporatnya baru-baru ini.
ANAK-anak dan penjaga daripada Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak diraikan dalam majlis yang diadakan di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bersama Pengurusan Kanan Celcom.

Anak-anak tersebut yang terdiri daripada golongan yatim piatu, atau tanpa ibu bapa serta golongan asnaf, dijamu dengan pelbagai hidangan dan kuih-muih.
Para tetamu kecil Celcom turut dihiburkan oleh dua orang penghibur terkenal Malaysia iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Sebelum mereka meninggalkan majlis tersebut dengan senyuman yang ceria, anak-anak tersebut turut menerima duit raya daripada Pengurusan Kanan Celcom.

Manakala pelanggan korporat, rakan niaga, media, dan tetamu kehormat Celcom dan Kumpulan Axiata telah diraikan dalam satu lagi acara yang dijalankan pada sebelah petang.
Kira-kira 1,000 tetamu yang hadir telah disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa Malaysia, termasuklah Nasi Dagang, Satar, Keropok Lekor dari Terengganu, Otak-otak dari Johor, dan Char Koey Tiow dari Pulau Pinang, bersempena tema majlis iaitu ‘Jalan-jalan Terkenal di Malaysia’.
Celcom dan Axiata turut berbesar hati menerima kehadiran Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, bersama ramai lagi tetamu kehormat dari kalangan tokoh korporat dan agensi kerajaan.







































