Kerjasama ini bakal menyaksikan PLUS Malaysia Berhad menggunakan sistem cloud Microsoft Azure untuk penggunaan rangkaian tol lebuhraya menjadikannya syarikat konsesi lebuhraya yang pertama di Malaysia

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan kerjasama bersama Microsoft (Malaysia) untuk mengintegrasikan sistem cloud Microsoft Azure ke rangkaian tol lebuhraya dan memodenkan pengalaman lebuhraya di Malaysia.

Datuk Azman Ismail, Managing Director, PLUS Malaysia Berhad (right) with K Raman, Managing Director, Microsoft Malaysia

Kerjasama yang terjalin ini bakal menjadikan PLUS syarikat pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi masa hadapan seperti Artificial Intelligence (AI), big data analytics dan cloud computing untuk menaiktaraf rangkaian lebuhraya.

Rangkamasa yang disediakan platform Azure membuka peluang Big Data Analytics dan operasi AI, yang menyumbang kepada penambahbaikan ramalan kesesakan, perancangan perjalanan lebih baik dan menyediakan pengalaman lebih selamat dan menarik di lebuhraya PLUS.

Jalinan kerjasama antara PLUS dan Microsoft merupakan langkah pertama syarikat ini dalam menuju kearah transformasi digital yang bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan sekaligus mengurangkan kos dalam rangkaian lebuhrayanya.

“Kami di PLUS sentiasa mengambil berat tentang keperluan pelanggan kami di sepanjang
perjalanan mereka,” kata Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan, PLUS Malaysia Berhad.”

Sementara rangkaian lebuhraya kami terus berkembang ke seluruh Malaysia menyediakan
perkhidmatan kepada penggunaa lebuh raya yang semakin bertambah, kami bukan sahaja perlu melakukan transformasi dari segi digital, tetapi kami juga perlu mengadaptasikan budaya organisasi yang baru.

“Dengan menjalinkan kerjasama dengan pakar industri seperti Microsoft, kami berazam untuk membawa perniagaan kami kearah sempadan inovasi, tempatan dan serantau, sementara menangani cabaran revolusi industri 4,” katanya.

Melalui jalinan kerjasama ini, PLUS bakal menggunakan Microsoft Azure untuk menangani
beberapa cabaran rumit seperti keupayaan server, fleksibiliti dan keselamatan. Melalui platform cloud-based Azure, PLUS berupaya untuk membina dan mengembangkan sumber premis untuk penambahbaikan prestasi dalaman dan pengalaman pelanggan tanpa perlu merisaukan tentang keupayaan server.

Ini membolehkan PLUS melakukan penjimatan dari segi kos pembinaan dan memperluaskan infrastruktur premis, mewujudkan lebih banyak ruang bagi syarikat untuk lebih fokus dalam penambahbaikan servis.

PLUS juga bakal menggunakan Azure Key Vault untuk mengawal data di cloud tersebut melalui penggunaan kunci kriptografi. Kesannya, PLUS akan berupaya untuk mengurangkan percanggahan data, penambahbaikan operasi dan penyesuaian kutipan tol elektronik dan keberkesanan memperbaiki secara menyeluruh sebanyak 40%, atau 600 Man-Hours, setiap bulan.

“Kerjasama kita hari ini menandakan permulaan yang bakal membawa satu perubahan kepada lebuhraya Malaysia,” tambah Datuk Azman. “Dengan pandangan yang dikongsikan oleh Power BI dan fleksibiliti Azure, kita mampu untuk terus berkembang dan berupaya untuk menangani perubahan yang bakal berlaku dalam landskap dimana perniagaan kami beroperasi agar membolehkan kami untuk kekal berdaya saing dalam era digital ini.”

Dengan lebih dari 1.7 juta kenderaan yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS setiap hari, syarikat ini memerlukan penyelesaian yang mampu menganalisa sejumlah besar data dengan cekap dan berkesan.

Melalui kuasa AI dan Analytics Big Data, Microsoft Power BI, PLUS bakal berupaya untuk menggambarkan data yang dikumpul dan berinteraksi dengannya melalui antara muka mesra pengguna yang dapat memberikan perkongsian yang berguna dalam membantu memberikan penyelesaian berkenaan masalah perniagaan dan strategi yang kritikal.

Dengan penggunaan Azure sebagai landasan, PLUS bertujuan untuk melakukan beberapa
penambahbaikan dari segi operasi di masa hadapan termasuklah integrasi analisa video yang dijangka mengurangkan keperluan kakitangan dan menangani masalah kewangan yang berjumlah RM2.7 million dalam revenue kerugian tahunan.

 

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K Raman berkata, “Semenjak pertubuhan kami di Malaysia lebih 25 tahun yang lalu, Microsoft telah memainkan peranan dalam pergerakan transformasi digital melalui bidang perniagaan dan organisasi di seluruh negara.

Jalinan kerjasama antara kami dan PLUS pada hari ini adalah bukti visi kami untuk memberdayakan sesiapa sahaja mahupun mana-mana organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak lagi.

Tahniah juga diucapkan kepada PLUS kerana telah menjadi syarikat servis perkhidmatan lebuhraya pertama di Malaysia untuk berjaya mengintegrasikan Azure ke lebuh raya.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini