Volkswagen Alor Setar yang dikendalikan oleh Lee Motors Autohaus Sdn Bhd telah menaik taraf pengedaran mereka daripada sebuah pusat 3S kepada 4S, lengkap dengan kemudahan Badan & Cat.

NAIK taraf itu sekali gus menjadikan jumlah 4S Volkswagen di Malaysia kini kepada 10 buah.

Car O Liner Alignment Bench

Volkswagen Alor Setar merupakan sebuah pusat sehenti bangunan tiga tingkat melibatkan ruang seluas lebih 35,352 kaki persegi dengan bilik pamerannya terletak di tingkat bawah.

Perkhidmatan selepas jualan di tingkat dua dan kemudahan Badan & Cat berada di tingkat tiga. Cawangan ini terletak di kawasan Aman Central yang strategik dan merupakan hab perniagaan utama di Kedah.

Bengkel Badan & Cat menawarkan perkhidmatan seperti baik pulih kemalangan, kemasan cat, semburan semula, mengetuk panel, penjajaran chasis dan mengadun cat.

Kemudahan yang ada termasuklah bilik semburan cat, dua ruang persediaan, ruang mengggilap dan kemasan akhir, serta dua ruang pasca-mengangkat.

Spray Booth

Ruang penjajaran Car-0-Liner ada disediakan dan dikendali oleh tukang ketuk dan cat panel terlatih. Volkswagen Alor Setar juga menggunakan cat berasaskan air yang terbaik di dunia – Cromax Pro Waterbase di Bengkel Badan & Cat tersebut.

Bukan itu sahaja, pusat 4S itu dilengkapi lif kargo, peralatan diagnostik yang diluluskan oleh Volkswagen Jerman dan sistem CCTV khas. Ia membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka diservis dari ruang lounge yang selesa.

Pengarah dan Ketua Pengedar Lee Motors Autohaus, Eugene Lee menyatakan bahawa Lee Motors benar-benar komited untuk menawarkan servis serta kemudahan terbaik kepada pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk menjadi pusat sehenti untuk semua perkara berkaitan Volkswagen di wilayah ini dan membina kepercayaan dalam kalangan pelanggan.

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Erik Winter mengucapkan tahniah ke atas usaha naik taraf oleh Lee Motor.

“Lee Motors telah menjadi sebahagian daripada rangkaian pengedar kami selama lima tahun. Kami menghargai komitmen mereka dalam memastikan standard dan kualiti tinggi dapat dipenuhi demi para pelanggan.

“Bersama-sama rakan pengedar yang lain, kami akan terus mengotakan janji Volkswagen Cares untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan,” katanya.

Volkswagen Alor Setar 4S Centre beroperasi dari Ahad hingga Jumaat bermula jam 9 am hingga 6 pm dan ditutup pada hari Sabtu serta cuti umum. Waktu bekerja melibatkan urusan jualan, servis serta badan & cat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini