Dua pelajar sekolah rendah Malaysia mencuri tumpuan negara dengan memenangi pingat emas dan Anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah) di Pameran Penciptaan Muda Dunia dalam Pameran Ciptaan, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2025 (ITEX 2025) baru-baru ini.

Adik beradik, Mohammad Parsa Parhizkar (12 tahun) dan Mohammad Rohan Parhizkar (9 tahun) dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8-1 merangkul anugerah berprestij “Anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah),” mengatasi 144 peserta dari 55 sekolah kebangsaan dan antarabangsa di seluruh Malaysia.

Ciptaan tersebut memenangi pingat emas di bawah kategori Pameran Pencipta Muda Dunia dan menerima anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah).

Projek inovatif mereka, Minedu AI – Pembantu Pembelajaran Pintar Minecraft, menggabungkan Kecerdasan Buatan ke dalam Minecraft untuk mengubah permainan itu menjadi platform pendidikan yang berkuasa selaras dengan sukatan pelajaran sekolah rendah Malaysia.

Minedu AI telah bekerjasama dengan Google untuk memperkasakan Minecraft dengan Gemini, menjadikannya pembantu pembelajaran AI yang pintar dan boleh dipercayai

Ciptaan ini membolehkan pelajar mempelajari Sains, Biologi, Geografi dan banyak lagi melalui permainan interaktif berasaskan AI.

Disokong oleh Google Malaysia, adik beradik ini terus melangkah jauh dengan menubuhkan syarikat mereka sendiri, Minedu AI, menjadi antara pengasas perniagaan termuda di Malaysia.

Penyelesaian mereka kini sudah menjana pendapatan melalui pelesenan plugin dan menawarkan bengkel latihan AI untuk pelajar.

“Kami suka Minecraft dan mahu menjadikan pembelajaran menyeronokkan, bukan membosankan,” kata Rohan. Parsa menambah, “Dengan AI, kami boleh membantu setiap anak belajar dengan lebih baik sambil menikmati permainan yang mereka sukai.”

Plugin mereka memerhati tindakan pemain dalam permainan dan menggunakan chatbot pintar yang dikuasakan oleh Google Gemini AI, untuk mengajar dan menguji pelajar melalui masa nyata (real time) dan maklum balas peribadi. Ia sedang dilaksanakan dalam projek perintis di sekolah-sekolah yang berminat dengan inovasi teknologi pendidikan.

Kemenangan di ITEX 2025 ini meletakkan adik beradik Parhizkar di persada nasional inovasi belia, dan mengukuhkan potensi Malaysia dalam membangunkan bakat digital muda.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini