Maxis telah meraikan graduasi kohort perintis Program Pemecutan Maxis eKelas Usahawan, sebuah inisiatif peningkatan kemahiran digital yang berlangsung selama tiga bulan bertujuan untuk memberdayakan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Dilancarkan pada Disember 2024, program percuma ini melengkapi usahawan dengan kemahiran pemasaran digital asas untuk mengembangkan perniagaan mereka secara dalam talian, mengintegrasikan aplikasi kemahiran, bimbingan dan penjejakan prestasi.
Kohort perasmian tersebut terdiri daripada 60 usahawan dari Wilayah Tengah, yang telah
menerima bimbingan tentang memanfaatkan saluran digital baharu dan menggalakkan
penglibatan dalam talian yang berkualiti. Menjelang akhir program, satu pertiga daripada
usahawan yang mengambil bahagian telah berjaya menggandakan pendapatan mereka.
Tiga graduan telah diiktiraf khususnya atas kemajuan cemerlang mereka dalam pertumbuhan pendapatan yang dicapai melalui penggunaan saluran web dan media social
yang berkesan.
Berikutan hasil yang menggalakkan ini, Maxis mengumumkan pengembangan program untuk merangkumi usahawan di lebih banyak wilayah, bermula dengan Pantai Timur, Wilayah Selatan, dan Sabah.
Majlis graduasi yang bertemakan “Kuasai Digital, Lonjakkan Kejayaan” ini telah dirasmikan
oleh Timbalan Setiausaha Agung (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noor Afifah Abdul Razak.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng mengulas, “Kami berbesar hati kerana
dapat memberdayakan usahawan Malaysia dari segi keupayaan dan keyakinan untuk
memanfaatkan peluang digital yang ada.