Tokoh NGO Antarabangsa, Dato Dr Mustapha Ahmad Marican telah dilantik sebagai Pakar Rujuk Pengakap Negeri Terengganu bagi memperkasakan lagi aktiviti pengakap negeri.

Majlis Anugerah Watikah Pelantikan Pakar Rujuk itu telah disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Terengganu, Shahrul Azwan Mohamed di Kem Pengakap Sultan Muhammad Ismail di Kuala Nerus, Kuala Terengganu di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato Haji Abdullah Taib.

Dato Dr Mustapha ketika ini merupakan Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung UMT dan banyak terlibat dalam kerja-kerja berkaitan NGO dalam negara khususnya berkaitan dengan kerajaan.

Beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah kesukarelawan dan ceramah motivasi di universiti serta institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekali gus dapat berkongsi pengalamannya untuk memperkasakan pengakap negeri Terengganu.

Pemilihan beliau juga berlandaskan pengalaman luas bertugas dalam Kerajaan Pusat dan Negeri selama lebih 33 tahun selain memainkan peranan penting dalam hubungan antarabangsa.

Beliau juga pernah menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Terengganu dan Ketua Eksekutif Terengganu Inc salah satu syarikat berkaitan kerajaan utama di Negeri Terengganu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini