BMW Group Malaysia hari ini memulakan sambutan ulang tahun ke-50 bagi model ikonik BMW 3 Series. Sepanjang tujuh generasi, BMW 3 Series bukan sahaja membentuk identiti global jenama BMW, malah turut menjadi sebahagian penting dalam sejarah automotif Malaysia sejak tahun 1970-an.
Bagi meraikan legasi tersebut, BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre yang baharu.
BMW Group mengekalkan prestasi kukuh di peringkat global pada suku pertama, dipacu oleh pertumbuhan yang signifikan dalam segmen Kenderaan Elektrik Bateri (BEV).
Pada suku pertama tahun 2025, BMW Group telah mengeluarkan sejumlah 586,149 kenderaan BMW, MINI dan Rolls-Royce buat pelanggan di seluruh dunia, mencerminkan prestasinya yang kukuh, selaras dengan tahun sebelumnya.
Mempamerkan momentum berterusan dalam strategi elektrifikasinya, BMW Group mencatatkan peningkatan 32.4 peratus dalam pengeluaran kenderaan elektrik, dengan 109,516 unit merangkumi ketiga-tiga jenama.
Jenama BMW menyumbang 520,142 unit kepada jumlah keseluruhan, termasuk 86,449 kenderaan elektrik BMW. Sementara itu, MINI, rentetan kejayaan dalam pembaharuan keseluruhan portfolio produknya, telah mencapai pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus, melibatkan 64,626 unit keluaran, yang mana 35.3 peratus merupakan kenderaan elektrik.
Di samping itu, BMW Motorrad, yang dilaporkan secara berasingan, telah mengeluarkan 44,609 motosikal dan skuter dalam tempoh yang sama, sekaligus menunjukkan kekuatan jenama BMW dalam mobiliti dua dan empat tayar.
Dengan matlamat yang memfokuskan masa hadapan, BMW Group berada di landasan yang kukuh untuk mencapai dua pencapaian strategik pada tahun 2025: pengeluaran tiga juta kenderaan elektrik sejak pelancaran BMW i3 dan i8, serta 1.5 juta kenderaan elektrik kepada pelanggan di seluruh dunia.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam mobiliti mampan bertaraf premium.