HONOR sekali lagi menerajui inovasi teknologi dengan mengumumkan Siri HONOR 400 sebagai telefon pintar pertama di dunia dilengkapi teknologi revolusioner AI Image To Video.
Ketika pesaing lain hanya menumpukan pada suntingan foto berasaskan AI, HONOR menerusi kerjasama dengan Google Cloud memperkenalkan teknologi inovatif yang mampu menghasilkan pergerakan jelas pada imej biasa dalam bentuk video.
AI HONOR Bukan Sekadar Menghasilkan Gambar, Ia Memahami Momen Penting Siri HONOR 400 bukan sekadar merakam detik, tetapi mampu menghidupkan kembali memori pengguna.
Ciri baharu AI Image To Video membolehkan AI termaju HONOR secara pintar menghasilkan pergerakan pada subjek, mengubah setiap imej statik kepada video MP4 pendek berdurasi lima saat. Pengguna juga boleh memilih untuk memproses video tersebut dalam format 16:9 atau 9:16.
Bayangkan potensi kreativiti yang terhasil daripada ciri ini. Sekeping gambar bersama teman atau keluarga kini boleh menjadi naratif ringkas yang menarik untuk dikongsi di
media sosial. AI bukan hanya memperkaya, malah menjadikan gambar tersebut lebih
bermakna dalam penceritaan.
Hidupkan Semula Emosi Di Sebalik Setiap Gambar
Ciri AI Image To Video membuka peluang yang menakjubkan untuk mengimbau kembali pelbagai jenis kenangan. Gambar lama seorang nenek dari dekad 1950-an kini boleh dijelmakan untuk anda melihat dia berpaling dan tersenyum. Dengan ciri ini juga, lukisan naga anak anda boleh terbang megah di langit.
Gambar senyuman pertama bayi menjadi kenangan seumur hidup kerana video tersebut boleh ditonton berulang kali. Selain itu, pengguna berkogsi memori-memori manis lain seperti waktu graduasi, sambutan ulang tahun dan potret perkahwinan bersama insan tersayang atau sahabat handai. Malah, komik dan lukisan seni boleh dihidupkan dengan pergerakan yang mengasyikkan.
HONOR juga akan mempamerkan kehebatan inovasi ini dalam kempen sambutan Hari Ibu yang akan dikongsi di media sosial dalam masa terdekat. Ini membuktikan setiap gambar kini bernilai lebih daripada seribu kata dan boleh dihidupkan semula dengan keupayaan AI.
Lengkap Alat AI Profesional Untuk Pencipta Kandungan
Selain Image To Video, Siri HONOR 400 juga dilengkapi dengan banyak alat penyuntingan AI berkelas profesional seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Cutout, AI Upscale dan Moving Photo Collage bagi pengguna mengedit, memadam, meluas dan memperbaiki gambar mereka dengan pantas.
Dengan siri HONOR 400, pengguna bebas mencipta, menyunting, dan menyampaikan kisah visual lebih menarik dengan hanya beberapa sentuhan mudah.
Reka Bentuk Abadi dan Elegan
Siri HONOR 400 Series bukan sahaja pintar, bahkan menampilkan reka bentuk menawan yang diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Peranti ini memiliki bentuk yang ringan, lengkungan bucu dan profil nipis, memberikan keselesaan apabila dipegang.
HONOR 400 Pro hadir dengan reka bentuk tiga kamera yang menawan, manakala model standard menampilkan dwi-kamera. Rekaan ini bagi memastikan Siri HONOR 400 sentiasa menjadi tumpuan.
Bagi padankan dengan rekaan abadinya, HONOR 400 Pro akan hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Lunar Grey, Tidal Blue dan Midnight Black, manakala HONOR 400 pula akan dipasarkan dalam warna Desert Gold, Tidal Blue dan Midnight Black.