Pengerusi NGO Antarabangsa merangkap Profesor Adjung Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Budi yang merupakan Mantan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim di Kuala Lumpur, hari ini.
Fokus utama dalam pertemuan tersebut adalah perbincangan untuk memartabatkan nilai budaya dan adat di kalangan generasi muda masa kini.
“Nilai-nilai budaya warisan yang kita amalkan sejak berzaman perlu diperkasakan dan di perluaskan skopnya supaya semua orang dapat mengamalkannya, khususnya bangsa Melayu,” kata Dr Rais Yatim.
Menurutnya, amalan nilai budaya dan adat resam haruskan kita terapkan kepada segenap lapisan masyarakat agar ianya kekal diwarisi dalam setiap tindakan.
Semua pihak sama ada kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun agensi-agensi yang berkaitan memainkan peranan dan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi mempromosikan nilai budaya yang kian terhakis dan makin dilupakan dek kerana terdedah dengan faktor persekitaran dunia tanpa sempadan kini.
“Saya berharap dengan adanya tokoh dan pakar rujuk seperti Dr Rais Yatim semua pihak harus menghargainya sebagai penasihat negara dalam bidang Seni, Budaya dan Warisan Bangsa yang tidak pernah jemu dalam memperjuang dan mengekalkan Seni, Budaya dan Warisan Bangsa agar ianya tidak hilang ditelan zaman,” kata Mustapha.