“Saya berasa terharu apabila ada di antara penerima bantuan mengalirkan air mata apabila menerima bantuan makanan asas termasuk makanan untuk berbuka puasa,” kata Pengerusi NGO Antarabangsa, Dato’ Dr Mustapha Ahmad Marican ketika berkunjung ke Kampung Chop di Tboung Khamun, pedalaman Kemboja.

Beliau berkata, kawasan terpencil masyarakat Islam di kampung ini didiami kira-kira seramai 300 keluarga dengan rata-rata mereka bekerja mengambil upah menanam padi, menoreh getah dan melakukan kerja-kerja kampung.

“Sebanyak 250 pek makanan berbuka puasa telah diedarkan ke sekitar kampung yang dilihat paling miskin dan daif dengan kebanyakan rumah-rumah kecil mereka di pedalaman dibina tanpa ada kemudahan asas yang mencukupi,” katanya.

Katanya, kebanyakan rumah mereka juga dibina dengan berdindingkan zink dan papan malah ada yang menggunakan daun rembia untuk dijadikan dinding rumah.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini