Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh kemeriahan ini, Kumpulan Multimedia ingin berkongsi perkembangan terbaru dan menarik dalam dunia hiburan tempatan.

Menerusi pelbagai cabang hiburan di bawah naungan Multimedia Entertainment, rakyat Malaysia dijemput untuk terus menyokong hasil karya tempatan yang berkualiti dan penuh nilai seni.

Antara pengumuman utama yang diketengahkan semasa Majlis Hari Raya Multimedia 2025 ialah:
LEGASI BOMBA THE MOVIE – Filem aksi yang sarat emosi dan semangat kepahlawanan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Ogos 2025. Filem ini dijangka memberi impak besar kepada penonton melalui jalan cerita yang menyentuh jiwa serta visual yang mendebarkan.

MELODI KITA – Konsert busking PERCUMA! – Rancangan hiburan popular yang kini sedang bersiaran di Astro Ria (Saluran 104) bakal menutup tirai dengan sebuah konsert percuma yang penuh gilang-gemilang di Resorts World Awana, Genting Highlands pada 26 April
2025. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan persembahan terbaik dari bintang-bintang Melodi Kita.

FILEM SUPERNATURAL BAKAL DIMULAKAN – Multimedia Entertainment juga berkongsi bahawa mereka bakal memulakan produksi bagi dua buah filem bergenre supernatural bertajuk Amok Bujang Raja dan Naga Tasik Chini yang dijangka memulakan penggambaran pada suku ketiga tahun ini (Q3 2025). Butiran lanjut akan diumumkan tidak
lama lagi.

Majlis ini juga menjadi medan pertemuan penggiat industri hiburan, media dan peminat dalam suasana santai dan penuh kemesraan Aidilfitri.

Kumpulan Multimedia berterima kasih atas sokongan berterusan semua pihak dan berharap agar rakyat Malaysia terus memberi sokongan terhadap karya tempatan yang semakin berkembang pesat.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini