Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PUMA, jenama sukan antarabangsa, dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama strategik menamakan PUMA sebagai Penaja Pakaian dan Jersi Rasmi skuad kebangsaan, Harimau Malaya, berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting untuk bola sepak Malaysia, dengan menggabungkan bersama dedikasi FAM terhadap sukan ini serta legasi inovasi dan
kecemerlangan PUMA di dalam dan luar padang.
Butiran lanjut mengenai perjanjian kerjasama di antara FAM dan PUMA akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang akan diumumkan nanti.
FAM dan PUMA turut mengucapkan terima kasih kepada Nike, Penaja Pakaian dan Jersi
Rasmi skuad Harimau Malaya selama 18 tahun bermula dari Januari 2007 hingga Disember
2024.