Good Virtues Co., Jenama produk Halal Clean Beauty dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelebihan Habbatus Sauda – kali ini melalui secawan kopi. Dalam kerjasama julung kali antara Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia, kolaborasi ini menggabungkan elemen kesihatan, kecantikan, minuman dan ruang beli-belah.

Kerjasama ini memperkenalkan siri minuman pertama di Malaysia yang kaya dengan Habbatus Sauda, dihasilkan bersama Richiamo Coffee dan juga diinspirasikan oleh bahan utama Good Virtues Co.

Kolaborasi ini berkonsepkan ‘Rejuvenate Your Skin, Awaken Your Senses’, menyunting semangat meraikan kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalaman. Good Virtues Co. menawarkan rangkaian penuh produk penjagaan diri untuk wajah, rambut dan badan –ia bukan sahaja membersih, malah menyihatkan anda.

Good Virtues Co. menggalakkan anda untuk ‘Celebrate Your Noor’– bermaksud meraikan kecantikan dalaman & luaran dalam kalangan wanita muslim. Pada masa yang sama, minuman Habbatus Sauda dari Richiamo Coffee membantu menyegarkan dari dalam, sekaligus menyerlahkan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam.

“Di Good Virtues Co., kami percaya bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam, disemai dengan kebaikan dan keyakinan diri.” kata Lum Chong Heng, Pengarah Komersial Citychemo Manufacturing Sdn Bhd.

“Habbatus Sauda, yang kaya dengan nutrien, mineral dan antioksidan semula jadi, adalah bahan utama dalam semua produk Good Virtues Co., dan kolaborasi ini bersama Richiamo Coffee dan Watsons Malaysia membolehkan kami menampilkan kelebihannya secara inovatif. Dengan ini menunjukkan kepada pengguna kami bahawa penjagaan diri boleh bermula dengan perkara ringkas- seperti mandi dan menikmati secawan kopi untuk mulakan hari.

Siri minuman Habbatus Sauda ini dicipta khas untuk memberi manfaat Habbatus Sauda dalam cara yang menyegarkan dan mudah dinikmati. Dengan pilihan kopi dan bukan kopi, setiap minuman memberi detik keselesaan dan berkhasiat – sama ada dinikmati panas atau sejuk. Kini siri minuman ini boleh didapati di semua cawangan Richiamo Coffee.

“Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Good Virtues Co. – sebuah jenama yang berkongsi semangat kami dalam mencipta sesuatu yang berteraskan nilai tempatan,” menurut Dato’ Muhamad Zamry, Pengarah Urusan Richiamo Coffee Sdn Bhd.

“Sebagai jenama kopi pertama di Malaysia yang memperkenalkan minuman berasaskan Habbatus Sauda, kolaborasi ini merupakan satu penanda aras bagi kami – menampilkan bahan yang dikenali dengan penuh kebaikan dan manfaatnya, terutama dalam kalangan muslim.

“Dengan adanya kerjasama ini, kami berharap dapat menyampaikan rasa keselesaan dan keakraban dengan cara baharu – menggabungkan kecantikan, kesihatan dan rasa dalam setiap cawan untuk dinikmati setiap momen kehidupan seharian.”

Good Virtues Co. boleh didapati secara eksklusif di lebih 700 cawangan Watsons seluruh Malaysia sejak 10 tahun lalu, menjadikannya salah satu jenama pilihan Halal Clean Beauty dalam kalangan generasi muda wanita Muslim.

Watsons Malaysia kini terus menjadi rakan kongsi jualan yang dipercayai dan penting buat Good Virtues Co., dengan kehadiran yang kukuh di pasaran dan menyediakan pelbagai pilihan produk kecantikan serta penjagaan diri yang mesra pengguna.

“Kami berbesar hati menjadikan Good Virtues Co. sebagai rakan kongsi jualan dan juga sebahagian daripada kerjasama yang penuh bermakna ini,” menurut Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia.

“Kerjasama ini juga bersama jenama kopi tempatan, Richiamo Coffee, dan Good Virtues Co. mempromosikan lagi manfaat kesihatan Habbatus Sauda dengan cara inovatif – inisiatif yang kami sokong sepenuhnya. Ia selari dengan komitmen Watsons Malaysia untuk menyediakan pilihan yang mudah didapati demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan kami”.  

Good Virtues Co. Richiamo Coffee, dan Watsons Malaysia bersatu dalam kolaborasi ini dengan matlamat bersama – memperkenalkan Habbatus Sauda dengan cara dari dalaman dan luaran. Ikuti kami untuk perkembangan lanjut dalam kolaborasi bermakna ini. 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini