IJM Land Membawa Kegembiraan dan Menganjurkan Aktiviti Bermakna untuk Keluarga dengan Upin Ipin Fun Run, Alam Suria Carnival, dan Prebiu Rumah Pameran Soren
Bandar Alam Suria bertukar menjadi pusat kemeriahan dengan pelbagai acara komuniti yang berwarna-warni sepanjang bulan November.
Penduduk setempat dan pengunjung berpeluang menyertai Upin Ipin Fun Run yang mengujakan, sambil menikmati keseronokan di Karnival Alam Suria. Acara ini turut diserikan dengan prebiu rumah pameran Soren, pembangunan kediaman fasa pertama Suria Hill di Bandar Puncak Alam.
Dibangunkan oleh IJM Land, Suria Hill adalah projek kediaman eksklusif berkepadatan rendah seluas 170 ekar yang menjadi sebahagian daripada perbandaran Alam Suria. Terletak di puncak bukit Bandar Puncak Alam, pembangunan ini menawarkan pemandangan panorama yang memukau dan direka khas untuk mencipta gaya hidup yang segar dan harmoni bagi para penduduk.
“Di IJM Land, kami berpegang pada prinsip mencipta ruang yang mampu menyatukan komuniti,” kata Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land. “Fun Run Upin Ipin
dan Karnival Alam Suria adalah inisiatif kami untuk memupuk semangat komuniti.
Menyaksikan keluarga dan individu saling berhubung dalam suasana yang sihat, disulami gelak tawa dan kegembiraan bersama, benar-benar mencerminkan visi kami untuk menjadikan Suria Hill sebagai tempat di mana kenangan manis tercipta dan hubungan erat dipupuk.”
Upin Ipin Fun Run mencipta sejarah dengan penyertaan lebih daripada 5,000 peserta dari
pelbagai lapisan umur, semuanya teruja bertemu dengan pasangan animasi ikonik kegemaran ramai, Upin dan Ipin. Acara penuh keceriaan ini bukan sekadar meraikan gaya hidup sihat melalui larian bertema yang menyeronokkan, tetapi juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, selaras dengan semangat komuniti yang harmoni.
Para pengunjung menikmati hari yang aktif dengan berjoging santai, disulami perbualan ceria dan persaingan mesra yang menyemarakkan suasana. Selain memberikan manfaat
kardiovaskular melalui aktiviti fizikal ringan, acara ini mencipta suasana meriah yang
menggalakkan keluarga untuk saling menyokong, berhubung, dan berkongsi detik-detik
bermakna yang akan dikenang selamanya.
Acara dimeriahkan lagi dengan Karnival Alam Suria, di mana keluarga dapat berkumpul dan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat usia, lengkap dengan sentuhan nostalgia bagi mereka yang ingin mengimbau kembali kenangan silam.
Karnival ini menampilkan permainan tradisional seperti Gasing dan Batu Seremban,
mengimbau kenangan indah kepada golongan dewasa sambil memperkenalkan anak-anak
mereka kepada permainan warisan Malaysia yang unik. Di samping itu, aktiviti moden seperti memanah, bola sepak, dan e-sukan memberikan dimensi kontemporari.