MINI, jenama automotif kompak premium paling sofistikated di Malaysia, memperkenalkan MINI Countryman S ALL4 Baharu, sekaligus memperluaskan Keluarga MINI Baharu di Malaysia dengan varian berkuasa petrol yang dipasang tempatan.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “2024 merupakan tahun yang signifikan buat MINI di Malaysia, menerusi pengenalan buat julung kalinya konsep ‘Karisma Kesederhanaan’ terhadap generasi baharu MINI yang mengetengahkan reka bentuk asas, fungsi dan pesona abadi, sejajar dengan semangat MINI.

“Hari ini, kami amat teruja untuk memulakan 2025 dengan memperkenalkan MINI Countryman S ALL4 Baharu pemasangan tempatan dalam portfolio kami, memperluaskan horizon Keluarga MINI Baharu untuk pelanggan di Malaysia serta menawarkan spektrum penuh serba boleh dan keterujaan yang semakin menjadi pilihan MINIacs di Malaysia.”

Dipasang secara tempatan, MINI Countryman S ALL4 Baharu menyertai barisan MINI Baharu yang ikonik di Malaysia, serta berkongsi proposisinya yang unik dan ciri Favoured Trim dengan MINI Countryman SE ALL4 yang diperkenalkan pada tahun 2024.

Seperti rakan model elektriknya itu, MINI Countryman S ALL4 Baharu juga mempunyai penampilan yang unggul – lebih tinggi dan lebih panjang berbanding model terdahulu, namun masih mengekalkan identiti MINI.

Dimensi baharu ini menawarkan ruang yang lebih luas, keselesaan yang dipertingkatkan dan keselamatan yang lebih tinggi, menjadikannya sebuah kenderaan serba boleh serta mesra keluarga.

Selain itu, rangkaian kuasa pacuan semua roda MINI Countryman S ALL4 Baharu, reka bentuk crossover yang tahan lasak, profil menegak dan lebar antara tayar yang ditingkatkan menjadikannya model yang sempurna untuk pemanduan harian dan pengembaraan luar.

Pembiayaan MINI

Dengan Pembiayaan Easy Drive oleh BMW Group Financial Services Malaysia, MINI Countryman S ALL4 Baharu boleh dimiliki dengan anggaran pelan ansuran bulanan bermula daripada RM2,338 (berdasarkan anggaran pinjaman 75 peratus, perbatuan 100,000 km untuk tempoh lima tahun).

Anggaran harga jualan bagi MINI Countryman S ALL4 Baharu pemasangan tempatan termasuk SST (atas jalan, tanpa insurans) adalah:

MINI Countryman S ALL4 Baharu RM259,000.00 (Anggaran)
(Dengan Pakej Waranti dan Servis Lanjutan) RM270,000.00 (Anggaran)

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini