Kolonel Bersekutu (PA) Prof Adjung Dato Dr Mustapha Ahmad Marican yang juga Pengerusi NGO Antarabangsa mengadakan pertemuan dengan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu Lt kol Zul Khairi Samsuddin di pejabatnya, baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara dibincangkan berkaitan isu semasa khususnya persediaan menghadapi banjir dan selepas banjir, pendedahan berkaitan bencana kepada para belia dan graduan perlu di perhebatkan agar sasaran untuk kesedaran kepada masyarakat perlu diadakan supaya mereka juga perlu bersiap sedia.

Mustapha juga bersedia membantu APM Terengganu sebagai penceramah kerana kebetulan beliau juga selaku Profesor Adjung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bahagian kesukarelawan Universiti.

“Generasi muda perlu ada pendedahan kepada bencana seperti banjir, tanah runtuh, kepanasan global, ancaman binatang berbisa dan sebagainya.

“Ini membolehkan golongan muda tahu tindakan utama perlu diambil ketika berlaku bencana khususnya negeri yang sering di ancam banjir pada setiap tahun dan juga termasuk Sabah dan Sarawak

Turut hadir semasa pertemuan tersebut ialah Haji M Tajudin Mohamed Shahbudin, Timbalan Pengerusi Yayasan Seaweed Negeri Terengganu.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini