Pos Digicert, anak syarikat Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dan peneraju dalam penyelesaian identiti digital, dengan telah menganjurkan Simposium Digital Trust 2024 di Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South.
Bertemakan ‘Memperteguh Kepercayaan dalam Era Digital Negara’, simposium ini menghimpunkan para profesional industri, pakar teknologi, pemimpin perniagaan, pegawai
kerajaan, dan rakan niaga untuk meneroka penyelesaian digital yang inovatif.
Simposium bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Pos Malaysia, yang berkata, “Pos Digicert sedang memodenkan operasi merentasi sektor swasta dan kerajaan dengan menawarkan sijil digital yang selamat, penyelesaian eKYC, dan platform tandatangan digital.
Penyelesaian digital menyeluruh kami bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga mempercepatkan usaha pendigitalan perniagaan untuk memastikan masa depan operasi digital selamat.
“Kami sepenuhnya selaras dengan visi Malaysia untuk menjadi ekonomi berasaskan digital.
Komitmen kami bukan sekadar untuk memenuhi syarat; ia didorong oleh semangat yang
mendalam untuk membina kepercayaan yang menghubungkan kehidupan dan perniagaan
untuk masa depan yang lebih baik.
“Dengan memupuk interaksi digital yang selamat, kami menyasarkan untuk mewujudkan persekitaran di mana perniagaan dapat berinovasi dan berkembang maju. Dedikasi kami untuk memperkasakan perniagaan membolehkan mereka untuk mengharungi cabaran dalam landskap perniagaan yang terus berubah, memastikan mereka bukan sahaja bertahan tetapi juga berjaya dalam dunia digital yang saling berhubungan,” tambahnya.
Antara hadirin lain adalah Amir Suhaimi Hassan, Ketua Pegawai Operasi Pos Digicert, dan panel pemimpin industri termasuk Dasuki Majid, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Rajifah Ramli, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Data8 Sdn. Bhd., Ts. Ahmad Sauqi Ishak, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, dan Mohd Fairus Muhamad, Ketua, Jabatan Transformasi Penggunaan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).