Harvey Norman, pembekal produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia pilhan rakyat Malaysia, mencatatkan pencapaian signifikan menerusi pembukaan cawangan utamanya di Mid Valley Megamall.
Cawangan istimewa ini dirasmikan oleh Patricia Lee, Pengarah Pelaburan Kanan Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia. Pengembangan terbaharu oleh Harvey Norman Malaysia ini menggabungkan inovasi dengan kemudahan pelanggan, sekaligus memberikan nafas baharu dalam penjualan kelengkapan rumah dan gaya hidup di Malaysia.
Pengarah Urusan Harvey Norman Singapura dan Malaysia, Bernice Kwok berkata, “Harvey
Norman dan cawangan utama ini merupakan bukti komitmen kami terhadap inovasi, kualiti, serta kepuasan pelanggan.
Direka sebagai pusat pengalaman, cawangan ini menyambut kehadiran keluarga dan individu dengan rangkaian produk seperti kelengkapan rumah dan dapur, komputer dan peralatan komunikasi, perabot, serta tilam—semuanya di bawah satu bumbung.
Lebih daripada sekadar ruang jualan, cawangan ini juga menawarkan peluang kepada pengguna untuk merasai pengalaman menggunakan produk penyelesaian berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) yang memudahkan tugasan dan meningkatkan gaya hidup mereka
melalui kelengkapan pintar serta teknologi terkini.
Berlokasi strategik di Mid Valley Megamall yang ramai pengunjung, cawangan utama baharu Harvey Norman ini menawarkan destinasi yang mudah untuk pelanggan meneroka dan mencuba penyelesaian rumah yang praktikal menerusi pelbagai pilihan produk. Kami menggalakkan pelanggan untuk membawa keluarga dan rakan-rakan ke sini pada minggu ini untuk meraih pelbagai tawaran serta memanfaatkan diskaun hebat.
‘Kami juga teruja untuk menyaksikan cawangan utama baharu ini menjadi penganjur bagi acara-acara lazim seperti pelancaran produk, demonstrasi memasak, dan bengkel untuk mendekati serta berinteraksi dengan pelanggan kami.”