Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) dan CGC Digital Sdn Bhd (CGC Digital) telah memulakan perkongsian strategik dengan melancarkan skim jaminan digital baharu bagi membantu syarikat-syarikat baharu termasuk yang baru berusia enam bulan untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan awal dengan memberi akses yang lebih mudah kepada modal kerja.

Skim yang dipanggil Alliance Digital SME Startup Financing, yang diusahakan bersama dengan CGC Digital, anak syarikat Teknologi Kewangan milik penuh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), mengembangkan kerjasama sedia ada antara Bank dengan GCG bagi membolehkan lebih banyak perniagaan yang tidak memiliki kolateral untuk mendapatkan pembiayaan.

Kerjasama ini membuka peluang kepada perniagaan baharu yang layak (enam bulan dan ke atas) untuk memperoleh pembiayaan berjumlah RM20,000 hingga RM100,000 melalui PKS Digital Alliance Bank.

Pelanggan hanya perlu menyediakan satu dokumen sahaja (penyata bank enam bulan) untuk memohon pinjaman bank melalui proses dalam talian sepenuhnya yang boleh
diakses pada bila-bila masa di mana-mana sahaja.

Untuk menambah baik pengalaman pelanggan, Bank turut memperkenalkan Bank Statement Analyser (BSA), sejenis alat yang bertujuan memperkemas operasi kewangan. Sistem ini dibangunkan dengan rangka kerja pengiraan termaju yang mengintegrasi algoritma mudah suai dan analitik yang dipacu AI.

Kerjasama dengan CGC Digital ini membantu mengembangkan rangkuman kewangan dan memudahkan PMKS yang baharu mengakses ekosistem perbankan. Pelanggan perniagaan kami akan menemui nilai tambah dalam rangkaian penuh penyelesaian perbankan dan bukan perbankan kami yang mampu memberi sokongan sepanjang kitaran hayat perniagaan.

Strategi Bank yang diperbaharui semula, Acceler8, meletakkan perniagaan sebagai fokus teras kami dan pendigitalan menjadi pemboleh utama dalam usaha kami membina penyelesaian yang pantas, lancar dan peribadi untuk membantu pelanggan berkembang
dalam pasaran yang dinamik,” kata Raymond Chui, Ketua Pegawai Perbankan PKS & Komersial Kumpulan Alliance Bank, sambil menambah bahawa kerjasama ini berhasrat untuk membantu lebih 100 PKS mikro dan kecil.

Yushida Husin, Chief Executive Officer of CGC Digital

Yushida Husin, Ketua Pegawai Eksekutif CGC Digital berkata, CGC Digital akan terus berusaha untuk meningkatkan rangkuman kewangan dengan menyediakan akses yang lebih baik untuk pembiayaan kepada PMKS yang kekurangan peluang.

Ini dilakukan menerusi inovasi jaminan kredit CGC yang menerima data alternatif dalam penilaian risiko kami. Kami mahu mencipta nilai bersama-sama PMKS, terutamanya dengan syarikat-syarikat baharu, dan memberi sokongan sepanjang peringkat pertumbuhan mereka.

Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Alliance Bank dalam membuktikan konsep ini. Kami memiliki visi yang dikongsi bersama untuk membangunkan lebih banyak produk kewangan yang memenuhi keperluan PMKS, terutamanya perusahaan yang tidak memiliki sejarah yang panjang dalam ekosistem digital.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini